Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Untukmu..Mujahidah



Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib aljahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Namun begitu, para muslimah juga perlu bersedia dengan pelbagai persediaan kerana menyempurnakan amanah sebagai ahli gerakan dan dalam masa yang sama melaksanakan peranan isteri kepada suami,ibu kepada anak-anak dan suri rumah tangga bukan semudah yang difikirkan.

Tuesday, December 23, 2008

PRK P.036

Jangan lupa ikuti perkembangan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di http://prk036.pas.org.my/

SIBUK KE BUAT-BUAT SIBUK?

Susah betul nak komited update blog. Kadang-kadang cemburu tengok blog sahabat-sahabat. Nak kata sibuk bukannya jadi Menteri apatah lagi Perdana Menteri. Atas kesedaran itu, saya cari masa juga untuk menulis dalam blog. Mungkin kena banyak belajar pengurusan diri lebih lagi. Bila saya berada kat Terengganu, saya 'diserabutkan' dengan panggilan kerja di Kuala Lumpur dan bila berada di Kuala Lumpur sebaliknya pula. Kadang-kadang rasa pelik tapi bila fikir betul-betul, banyak hikmah bila dilihat dari banyak sudut. Inilah "kelas dan kuliah" untuk belajar pengurusan, belajar dari pengalaman. Satu lagi penyakit,bila duk kat Terengganu,rindu kat sahabat-sahabat kat KL dan bila berada kat Terengganu,rindu kat keluarga pulak..biasa la tu.hehe

Dalam sibuk-sibuk (tak de la sibuk benor), saya tengok saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang berjuang kat sini(Terengganu) dan banyak yang saya belajar. Dan saya nak kongsi dengan rakan blog dan teman alam maya saya tentang pengalaman mereka. Saya dapat lihat seorang adik ni (bukan lahir dari rahim tarbiyah yang tersusun) begitu komited buat kerja dari pagi sampai malam. Walaupun dia ni agak kecoh tapi sentiasa menceriakan suasana. Saya tertanya-tanya, apa kekuatan dia untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh malah dengan kesedaran untuk gerak kerja Islam. Dan saya masih mencari jawapan....

Kisah kedua ni pula ada sedikit persamaan dengan situasi sahabat saya yang saya perhati dan saya selalu mengambil pengajaran dari itu. Di sini, situasinya, salah seorang selalu tak balik rumah sebab terlalu sibuk dengan kerja Islam. Salah seorang lagi suami isteri , dua-dua sibuk dan terjumpa di satu tempat program. Macam ni la lebih kurang dialognya :
" Eh..abang ada kat sini?" Tanya si isteri terkejut. Agak-agak ramai ke yang akan faham situasi sebenar yang berlaku ini? Hakikatnya, bukan semua yang boleh faham. Kadang-kadang saya sangat suka dengar pengalaman orang sebab orang yang sangat banyak teori sangat berbeza dengan orang yang banyak mengalami. Hakikatnya, dua-dua penting, ilmu tanpa amal = rugi, amal tanpa ilmu = jahil.

Paling sadis sekali...pada satu hari tu, saya balik ke rumah nak berehat jap,pening. Balik je terus je tidur (waktu tengahari), bila bangun dah nak pergi pejabat, jenguk dapur tengok Adik dan Ain masak roti yang dikerat-kerat kecik dan telur. Adik :"Kak Ti nak?" pelawa sambil senyum. Kesiannya adik-adik aku...lunch makan roti. Bagus betul, Bijak,Berani & BERDIKARI (3B)...huhu. Adik siap boleh tolong picit kepala lagi, bagus betul. Adik :"Kak Ti ni...balik je,suruh picit kepala pastu keluar balik...isy.isy" Lepas tu, setiap hari soalan lazim yang akan ditanya "Kak Ti nak gi mana pulak tu?"

Sebenarnya, dalam kepala ni banyak je perancangan untuk blog ni. Nak buat artikel tapi tak siap-siap..nak buat dedikasi untuk sahabat-sahabat tapi belum start lagi, nak design & edit gambar tapi tak mula-mula lagi...tu la bila banyak sangat benda nak buat jadi tak fokus pulak. Dan banyak je cerita nak kongsi tapi nampaknya lain kali la...Semoga kalian semua doakan untuk kami di sini. Salam Perjuangan.

Saturday, December 6, 2008

Korban Kasih




Maksud Firman Allah SWT :
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
(Al-Kauthar : 2)

Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat."


Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.

Erti pengorbanan dapat dihayati khususnya di bulan yang mulia ini. Kisah pengorbanan Hajar,Ibrahim dan Ismail patut kita semua contohi. Saya selalu dihujani persoalan dari sahabat-sahabat : "Boleh ke kita bertahan dalam perjalanan dakwah yang panjang ini?" Lebih-lebih lagi muslimat atau mujahidah :"Ti,sekarang mungkin kita rasa lapang sikit,sebab tak de orang yang perlu kita jaga...bila dah kahwin nanti macam mana?" Dan banyak lagi persoalan dan saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat. Jawapannya ada pada diri masing-masing. Ada juga sahabat yang bertanya mengenai isu bahagia rumah tangga. Bersediakah kita untuk meninggalkan atau ditinggalkan? Matlamat perkahwinan bukanlah BAHAGIA semata-mata, jika itu yang kita TERLALU harapkan, mungkin kita akan kecewa,penat dan akhirnya berundur dari perjuangan ini.


Saya lama juga menganggur (dari pekerjaan bergaji), jadi saya kurang merasai kesibukan dan kepenatan. Namun, sejak dua menjak ni,bila buka planner,susun jadual dan merancang masa depan, saya mula rasa saya sangat sibuk jika tidak menguruskan aktiviti dan tanggungjawab dengan tersusun. Dalam kepala saya sekarang..cuma ada BERSEDIALAH...


Jika inilah jalan yang kita pilih maka inilah yang kita kena bersedia...berKORBAN demi kasih dan cinta kita kepada ALLAH. Berkorban demi rindu kita kepada kebangkitan ISLAM.

Friday, December 5, 2008

Korban Kasih






Maksud Firman Allah SWT :
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
(Al-Kauthar : 2)



Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat."



Maksud Hadith;

“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.

Erti pengorbanan dapat dihayati khususnya di bulan yang mulia ini. Kisah pengorbanan Hajar,Ibrahim dan Ismail patut kita semua contohi. Saya selalu dihujani persoalan dari sahabat-sahabat : "Boleh ke kita bertahan dalam perjalanan dakwah yang panjang ini?" Lebih-lebih lagi muslimat atau mujahidah :"Ti,sekarang mungkin kita rasa lapang sikit,sebab tak de orang yang perlu kita jaga...bila dah kahwin nanti macam mana?" Dan banyak lagi persoalan dan saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat. Jawapannya ada pada diri masing-masing. Ada juga sahabat yang bertanya mengenai isu bahagia rumah tangga. Bersediakah kita untuk meninggalkan atau ditinggalkan? Matlamat perkahwinan bukanlah BAHAGIA semata-mata, jika itu yang kita TERLALU harapkan, mungkin kita akan kecewa,penat dan akhirnya berundur dari perjuangan ini.


Saya lama juga menganggur (dari pekerjaan bergaji), jadi saya kurang merasai kesibukan dan kepenatan. Namun, sejak dua menjak ni,bila buka planner,susun jadual dan merancang masa depan, saya mula rasa saya sangat sibuk jika tidak menguruskan aktiviti dan tanggungjawab dengan tersusun. Dalam kepala saya sekarang..cuma ada BERSEDIALAH...


Jika inilah jalan yang kita pilih maka inilah yang kita kena bersedia...berKORBAN demi kasih dan cinta kita kepada ALLAH. Berkorban demi rindu kita kepada kebangkitan ISLAM.

Islamic Hijri Calendar

Monday, December 1, 2008

Bingkisan buat Sahabat



Dari Hati ke Hati


"Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia"

Bait-bait nasyid Nada Murni ini mengimbau kembali ukhuwah bersama sahabat seperjuangan waktu muda-muda dulu. Sesiapa yang ada kenangan dengan lagu ni mesti ingat... Saya selalu berangan dengan penuh harapan, semoga ikatan yang telah atau yang sedang atau yang akan terjalin sesama sahabat akan terus kekal dan kuat di hati sahabat. InsyaAllah jika ukhuwah kerana Allah, tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling suci, ia pasti akan berkekalan. Dan dengan ikatan ukhuwah itu juga akan memberi sumber inspirasi kepada sahabat-sahabat untuk terus dalam perjuangan ini.


Sunday, November 30, 2008

TAKZIAH

Takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.Moga dicucuri rahmat dari-Nya.

Tuesday, November 4, 2008

Musafir Bersama Hati Yang Suci ...boleh ke?



Sepanjang pengembaraan di perantauan ini, saya mula berfikir apakah mahu menghadap Tuhan dengan hati yang hitam? Hati mesti bersih dan suci . "Boleh ke kita jadi wali?" tanya seorang anak murid kepada gurunya. "Habis tu, kalau semua tak nak jadi wali...sape lagi..tak kan kambing kot?" Masih saya ingat kata-kata tuan guru di sebuah pondok. Macam keras dan sinis jawapannya tapi betul la kan? Kalau hati saya tak tenteram, saya mesti akan tatap wajah mak, ayah dan anak-anak saudara. Sebab bila lihat wajah orang yang tidak ada dosa ni, sejuk rasanya.Orang cakap kanak-kanak punyai hati yang bersih dan suci. Betul tu.Hati yang mulus hanya milik anak kecil yang tidak punya dosa. Cuba kita ajar anak-anak apa sahaja setiap hari, mereka akan ingat sampai bila-bila dengan mudah sebab hati dan jiwa mereka tiada dosa dan tidak dicemari. Jika sahabat-sahabat mahu jawapan yang tulus dan jujur, tanyalah kanak-kanak. "Cantik tak muka akak?" Pasti anda mendapat jawapan yang sebenar tapi jangan sedih pula bila menengar jawapannya.
Saya mendapat satu petua ni, (jika hati tidak tenang maka lihatlah bayi,peganglah kanak-kanak, dan lihatlah wajah mereka dengan kasih-sayang) daripada orang kampung. Sebagai wanita dan muslimah, saya yakin sahabat-sahabat juga seperti saya. Apabila dapat pegang bayi atau kanak-kanak, perasaan yang pelik tapi indah akan hadir dalam hati. Naluri seorang ibu secara semulajadi akan terbit. Itulah fitrah wanita walau macam mana sifat dan sikapnya. Walau keras atau lembut peribadinya. Tapi jangan menilai luarannya sahaja. Yang lembut belum tentu sahih kelembutannya dan begitulah sebaliknya. Hanya yang mempunyai mata hati yang dapat menilai. Yang penting, saya ingatkan sahabat-sahabat (muslimat), berilah kepada yang hak. Jauhari mengenal manikam.

Apabila saya ditanya soalan : "kalau dapat diundur waktu,zaman bila hang nak sejak hang dilahirkan?" Bagi saya zaman kanak-kanak la..sebab masa tu tiada dosa. Tapi hakikatnya, masa tidak akan dapat diundur lagi. Sebab itulah, jangan sia-siakan masa dan waktu yang Allah bagi. Setiap amanah dan tanggungjawab akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Memang sakit hati dan pedih jiwa apabila setiap waktu kita asyik teringat dosa dan kelalaian kita terhadap Allah. Oleh kerna itu, ingatlah Allah setiap detik degup jantungmu dan setiap hembus nafasmu. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah itu Maha Penerima Taubat. Mudahkan?Memang mudah...tapi payah juga nak amalkan. Setiap saat ingat Allah!Baikilah hati,ubatlah jiwa dan bersihlah ia sebelum menghadap Tuhan.

Rasulullah SAW. bersabda:" Ingatlah bahwa sesunguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh itu. Dan bila segumpal darah itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuh. Dan ketahuilah segumpal darah itu adalah hati."

Friday, October 31, 2008

BATU SEREMBAN & kampung halaman...

(Gambar:Surau Haji Mat di kampung halaman)

Hampir setiap hari soalan yang sama bertalu-talu dan berlegar-legar di kepala saya dan disekitar Anjung Wahdah. Memang musimnya...musim cari kerja. Jawapan biasa:"....belum keje tetap lagi,jadi suri rumah dulu..." Tu belum saudara-mara dan sewaktu dengannya. Dan pada masa yang sama,macam-macam tawaran dan peluang yang ada.Pening!Pening!Bukan pening nak pilih tapi pening nak menjawab. Setiap orang ada matlamat atau impian yang ingin dicapai. Saya suka tengok sahabat-sahabat yang telah stabil di peringkat awal dan dah berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi samada suka atau tak. Tak suka? Padan ngan muka!sape suruh ambik jalan tu...(jangan marah).

Selepas menghadiri kursus kat PD (bukan Pantai Dalam), saya jadi jelas dan termotivasi apa yang saya nak dan apa yang saya ingin capai dalam hidup.Sekadar nak berkongsi dengan sahabat-sahabat, untuk perjuangan Islam, kita perlu sanggup melakukan apa sahaja. Banyak yang saya belajar melalui pengalaman yang sedikit ini. Daripada tak pernah belajar akaun, jadi boleh buat akaun.(skit-skit je la..) Tapi minat boleh dipupuk dan walau jalan yang susah kita ambik tapi kita yakin jika kita ikhlas kerana Allah dan perjuangan Islam pasti BOLEH. Dan bukan sekadar boleh tapi pasti CEMERLANG. Baru-baru ni ada sahabat nasihat kat saya supaya fokus, jangan cekup semua.Pilih dan fokus.Bila saya bagitahu apa yang saya dah pilih dan rancang,baru dia faham. Terima kasih sahabat...Tu la kadang-kadang kena kongsi juga dengan sahabat,baru tak timbul salah faham.

Ape kaitan "batu seremban"????Ops lupa plak...satu lagi pengalaman dalam mencari peluang dan mengejar impian ni. Rasa teruja dapat buat batu seremban. "Buat batu seremban? Boleh buat ke?" Memang saya tak penah buat. Tapi pernah tengok adik dan sepupu main kat rumah.Pastu tengok punyer tengok....reka-reka..pastu jadi. Tak sangka pulak boleh buat. Dan sebenarnya batu seremban ini mengingatkan saya kepada kampung halaman. Jangan marah orang Terengganu...(lebih2 lagi mak,ayah dan sahabat2 seperjuangan Kelab Fasi dan sewaktu dengannya) saya pilih nak duduk sini buat sementara. Bukan suka-suka...Tapi memang ada komitmen kat sini, buat sementara waktu ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki pasti ku pulang jua...Terengganu tetap dihatiku..huhu =)




Sunday, October 19, 2008

Terima Kasih Sahabat...

Alhamdulillah...saya dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak berdoa & mendorong. Rasa tenang walau banyak masalah. Semua ada hikmah disebaliknya...semoga kita semua terus thabat & istiqamah dalam perjuangan.Belum terlambat rasanya untuk mengucakan Selamat Hari Raya & Salam Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, September 10, 2008

PESANAN DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Sahabat-sahabatku…

Ikatan persaudaraan sesama pejuang Islam lebih bermakna walaupun tiada pertalian darah kerana cinta dan kasih antara mereka itu berlandaskan cinta Allah semata-mata. Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah tentang cinta antara muslimin dengan muslimat tetapi cinta dan kasih sayang sahabat seperjuangan. Walaupun ramai di kalangan kita berasa ini bukanlah isu yang penting untuk dibincangkan namun bagi pandangan saya, ukhuwah adalah satu nikmat besar yang kita mesti gunakan sebaik mungkin untuk melancarkan gerak kerja Islam. Cuba kita lihat pengkhianatan yang biasa berlaku disebabkan hilangnya kepercayaan seseorang itu terhadap sahabat-sahabat seperjuangan. Hilangnya kasih dan sayang kepada sahabat-sahabatnya. Cuba renung-renungkan, adakah kita sanggup mengkhianati seorang yang sangat kita cinta dan sayang? Lebih-lebih lagi cinta dan kasih yang berlandaskan Allah dan Rasulnya. Ukhuwah yang ingin saya sampaikan ini bukanlah persahabatan biasa yang kita ketahui iaitu kawan satu sekolah atau kawan satu persatuan atau kawan yang selalu berada di samping kita tapi lebih dari itu.

Sahabat-sahabatku…

Sahabat nabi,Ali sanggup perjudikan nyawa beliau untuk menggantikan tempat Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah berhijrah. Begitu juga sahabat Baginda, Abu Bakar yang sentiasa berkorban untuk Nabi Muhammad S.A.W. Agaknya kita boleh ke sampai ke tahap itu? Malah kita selalu diperdengarkan kisah para sahabat di medan perang ketika ketiadaan air yang sanggup korbankan nyawa untuk sahabat yang lain. Adakah kisah-kisah ini tinggal sebagai kisah dongeng yang hanya diceritakan apabila kita memberi tazkirah atau ceramah semata?Kesucian cinta sahabat jelas ditonjolkan oleh Rasul dan para sahabat. Kesedaran dan penghayatan ini sentiasa berada dalam jiwa-jiwa mereka kerana mereka beriman dengan firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara"
(al-Hujurat [49]: 10).

Apabila ukhuwah yang terjalin sesama kita tersebut dibangunkan atas dasar iman dan takwa maka tiadalah ia pincang atau goyah. Perasaan tulus adalah yang membuat seseorang sanggup mengutamakan kepentingan sahabat melebihi kepentingan peribadinya, sekalipun harus mempertaruhkan nyawanya. Seumpama seorang ibu yang sanggup berkorban untuk anaknya.

Sahabat-sahbatku…

Pernah ada seorang sahabat yang semakin jauh dari perjuangan. Namun apabila ada seorang sahabat yang sudah lama tak berjumpa datang kepadanya dan meminta tolong untuk gerak kerja Islam, dia sanggup dan semakin aktif. Mungkin selama ini sahabat yang datang kepadanya, hanya datang dengan kata-kata sindiran dan sinis yang mengguris perasaannya. Mungkin terlintas di fikiran kita…kalau pejuang Islam main perasaan macam tu, bila Islam nak menang? Jangan lupa, kita ini seorang insan dan hati ini milik Tuhan. Mungkin hari ini kita antara yang hebat dalam perjuangan, esok lusa? Hanya Allah yang tahu. Tugas kita sebagai seorang sahabat, nasihat menasihati. Mungkin kita perlu lebih mengkaji pendekatan yang digunakan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna.

APABILA VIRUS-VIRUS BERLELUASA

Tapi kenapa boleh berlaku khianat dalam persahabatan? Saya suka untuk berkongsi tentang virus-virus ukhuwah yang saya petik daripada tulisan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah. Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat kita hayati dan ambil pengajaran supaya kita sama-sama dapat membina persahabatan yang sejati dalam mengharungi liku-liku perjuangan kerana perjuangan kita masih panjang dan kita bukanlah berjuang seorang…….

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

Mungkin anda bertanya: adakah hubungan antara cinta yang terjalin antara dua insan,dengan sifat tamak akan kenikmatan dunia yang ada pada salah seorang di antara mereka atau keduanya? Secara pasti, jawabannya adalah: ya! Jika sifat tamak akan kenikmatan dunia dan ketertarikan dengan apa-apa yang dimiliki oleh kebanyakan orang, sebagai faktor dominan yang mendorongnya untuk membangun cinta dengan orang lain.

"Berzuhudlah dari kenikmatan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan berzuhudlah dari apa-apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka mencintaimu."(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam az-Zuhd no. 4102)

Banyak kisah dua orang sahabat yang saling mencintai dengan tulus sehingga masing-masing merasa berat untuk berpisah dari kawannya, tiba-tiba sikap mereka berubah ketika terpesona dengan nikmat dunia dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

"Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

Sejauh mana kadar takwa dan kebaikan yang anda lihat dari saudararnu, sejauh itulah tulusnya cinta dan persahabatan yang anda berikan padanya. Namun jika hubungan persahabatan kering dari makna-makna dzikir, ibadah, saling menasihati, mengingatkan akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa, lalu beralih menjadi permainan (lagha) dan perkara sia-sia.

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 401)

Dosa kerana perbuatan-perbuatan maksiat di atas dapat mengakibatkan hilangnya rasa cinta dan ukhuwah, baik secara langsung mahupun tidak. Oleh kerana itu, hendaklah setiap insan yang menjalin hubungan persahabatan kerana Allah, selalu menanamkan nilai takwa dalam setiap bisikan hatinya, membangun tali ukhuwah sesuai dengan pandangan dan konsep ajaran Islam, jujur dengan diri sendiri. Jangan memandang sebelah mata terhadap dosa-dosa kecil, kerana ia merupakan jalan menuju dosa-dosa besar. Dalam konteks ini, kita kembali kepada pengertian hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

“Agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah."

3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA

Hal ini merupakan pintu yang paling besar bagi syaitan untuk masuk menyebarkan bibit-bibit perselisihan dan permusuhan di antara sahabat.

a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar

"Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai"

(Luqman [31]: 19).

b. Tidak Mendengar nasihatnya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam,tidak Menghargai Kehadirannya

c. Bergurau Secara Berlebihan

d. Sering Mendebat dan Membantah

"Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah. "
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Mazhalim no. 2457)

e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan

4. SIKAP ACUH

Ukhuwah yang tidak dihiasi dengan kehangatan perasaan dan gejolak rindu, adalah ukhuwah yang kering. Ia akan segera gugur dan luntur. Imam Ahmad dalam bukunya az-Zuhd dan Ibnu Abi Dunya dalam bukunya al-Ikhwan, menceritakan bahawa pada suatu malam Umar bin Khathab teringat kepada seorang sahabatnya, ia terus bergumam lirih: "Mengapa malam ini terasa begitu panjang." Maka setelah menunaikan solat Subuh, Umar segera menemui sahabatnya itu dan memeluknya dengan erat. (Imam Ahmad dalam az-Zuhd, hlm. 152)

Itulah perasaan yang membuat seseorang merindukan saudara dan sahabatnya, sehingga berangan-angan agar tidak berpisah darinya, baik di dunia mahupun di akhirat. Tidak diragukan lagi, bahawa ketulusan perasaan dapat membuatkan rasa bahagia ketika berjumpa dengan sahabat tercinta; memperlihatkan rasa bahagia ketika berjumpa boleh menumbuhkan perasaan tulus. Demikian pula dengan keceriaan, senyuman, keramahan, dan ucapan salam.Sabda Rasulullah S.A.W :

“Jangan meremehkan kebaikan dalam bentuk apapun, walau hanya dengan menampakkan keceriaan ketika berjumpa , dengan saudaramu.” (Diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Bir wash-Shillah no. 2626)

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA (BERBISIK)

"Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, agar orang-orang yang beriman itu berduka cita" (al-Mujadilah [58]: 10).

Larangan membuat pembicaraan rahasia dinyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, dan Imam Ahmad dari riwayat Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu; bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahasia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih."

6. KERAS KERALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT

Sikap keras kepala dan enggan menerima nasihat, membuat seorang sahabat merasakan adanya dinding pemisah antara diri anda dan dirinya. Rasullullah shallallahu 'alaihi wa sallam sering didatangi oleh para sahabat dan isteri-isteri beliau untuk memberikan idea dan saranan dalam berbagai hal, beliau mahu menerima dan menuruti saran mereka dengan senang hati, sekalipun dalam bentuk pernyataan keberatan, kritik atau sekadar pertanyaan.

“Cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.” (Potongan dari hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Birr wash-Shillah no. 2564)

7. SERING MEMBANTAH, BERBEZA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

Untuk menambah kehangatan ukhuwah, dua orangyang bersahabat mesti memiliki beberapa kesamaan sifat, kebiasaan dan watak.

"Ruh-ruh itu bagaikan bala tentara, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih." (Diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Birr wash-Shillah no. 2638)

Malik bin Dinar berkata: "Dua insan tidak akan terikal dalam jalinan ukhuwah, kecuali jika masing-masing memiliki sifat yang sama dengan sahabatnya." Maka jagalah dirimu agar sentiasa lembut, fleksibel, penuh kasih dalam bergaul dengan sahabatmu. Hindarilah sifat kasar dan keras kepala, semoga anda termasuk orang yang beruntung dengan janji Allah, yaitu diharamkan masuk neraka, juga seperti yang disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bagi orang-orang yang suka membantu dan bersikap lembut.

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

Di antara bukti ketulusan cinta, etika dan hak ukhuwah adalah memberi nasihat kepada saudaramu apabila ia melakukan kemungkaran, maksiat atau kesalahan, dengan tujuan agar kembali kepada kebenaran sekaligus terhindar dari ancaman kemurkaan dan siksa Allah Subhanahu wa Ta'ala. Namun demikian, nasihat tidak boleh dilakukan secara terbuka di tengah-tengah keramaian manusia, kecuali jika ada alasan yang mendesak, kerana semua orang sepakat bahawa nasihat di tengah keramaian sangat tidak disukai, semua orang tidak suka jika keburukan-keburukannya dibuka di depan umum.

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN MEMAAFKAN

Fudhail berkata: "Kemurahan hati adalah mahu memaafkan kesalahan-kesalahan teman." Ketika mendengar firman Allah: “Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik” (al-Hijr [15]: 85).

Kita terkadang tidak suka melihat perangai seseorang. Tetapi ketika ia pergi, dan kita telah bergaul dengan orang lain, ternyata orang itu lebih buruk perangainya. Maka saat itulah mata kita baru terbuka, dan melihat sisi-sisi baik sahabat pertama yang tidak pernah diperhitungkan sebelumnya.

Menurut al-Mawardi: "Di antara hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan menutup kesalahan yang dilakukan olehnya. Kerana siapa yang mengharapkan seorang sahabat yang tak pernah berbuat kesalahan, atau tak pernah terjebak dalam kemungkaran, bererti ia mencari sesuatu yang mustahil dan membuat kriteria yang tidak akan pernah terpenuhi."

Cinta yang besar dan prasangka baik terkadang betul-betul menutup pandangan seseorang terhadap kekurangan sahabat, seakan-akan kekurangan tersebut tidak pernah ada. Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG-ORANG YANG MENGADU DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI

Merupakan kesalahan besar jika anda mudah mempercayai isu yang berkembang mengenai sahabatmu, atau mudah menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan, hanya berdasarkan kepada khabar angin dan isu yang diterima. Padahal anda tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri, bahkan tidak sesuai dengan yang anda ketahui dari kebiasaannya.

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya."

11. MEMBUKA RAHSIA

Salah satu faktor yang dapat mempertahankan ukhuwah adalah menjaga rahsia sahabat agar tidak tersebar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan: "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya." (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam al-Adab no. 4868)

Jika anda mengetahui sesuatu tentang saudaramu, maka hati-hatilah agar tidak membuka rahsianya, atau membuka apa pun yang berhubungan dengan ucapan dan tindakannya yang seharusnya disimpan. Jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan, atau anda yakin bahawa ia membolehkannya.

12. MENGIKUTI PRASANGKA

Seperti halnya menyebarkan rahsia, mempunyai prasangka bahawa sahabatmu menyembunyikan sesuatu darimu juga dapat menyakitinya. Apalagi jika anda sudah membangun sikap-sikap tertentu berdasarkan prasangka tersebut. Selain boleh menyakitinya, hal ini juga betul-betul akan menyakiti dirimu sendiri, kerana prasangka buruk dapat merosakkan ketulusan perasaan hatimu terhadapnya.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (al-Hujurat [491: 12).

13. MENCAMPURI MASALAH PRIBADI

"Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. "

Saudaraku, waspadalah terhadap pintu-pintu syaitan yang menjebakkan kamu agar terjerumus dalam hal-hal yang tidak bermanfaat, sekalipun dengan asumsi mendidik dan meluruskan pribadi seseorang. Syaitan mengilustrasikan bahawa semua masalah yang berhubungan dengan sahabatmu, baik kecil mahupun besar, adalah penting, sehingga kamu terjebak mengurusi masalah-masalah peribadinya. Padahal perbuatanmu itu tidak disukai olehnya, bahkan cenderung menyakitinya. Hasilnya, ia menyesal telah menjalin hubungan denganmu.

14. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

Hilangnya rasa simpati atas kesusahan, masalah dan keperluan seseorang, akan menumbuhkan perasaan alienasi (keterasingan) dalam dirinya, seakan-akan ia hidup di dalam alam yang terpisah dari alam yang dihuni oleh rakan-rakannya, tiada yang merasakan kehadirannya atau bersimpati dengan-nya. Ia akan lebih menderita lagi jika tahu bahawa sebenarnya sahabat-sahabatnya mengerti dengan keadaannya namun bersikap acuh dan enggan membantunya, maka wajar jika cinta kasihnya semakin berkurang.

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENGHITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

Jika kamu ingin membuat hati seorang sahabat menjadi senang dan bersikap terbuka apa adanya, maka hindarilah sikap menutup diri dan jangan membuatnya merasa terbebani, jangan menghitung-hitung kebaikannya kepadamu, jangan memberatkannya agar melayanimu, dan bersikaplah rendah hati.

Seorang Salaf berkata: “sahabat yang paling jelek adalah yang engkau pergauli dengan penuh kepura-puraan.”

Ikutilah keteladanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hal tidak mahu membebani sahabatnya dan lebih memilih untuk membebani dirinya sendiri. Carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak-hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya.

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA,MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG
DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

Sebahagian orang enggan menyatakan perasaan cinta kepada orang yang ia cintai, atau paling tidak, menunjukkan indikasi-indikasi cintanya, baik dalam bentuk ungkapan, hadiah, senyuman, atau apa saja yang dapat menjelaskan isi hatinya.

"Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya. "
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam al-Adab no. 5124)

“Saling memberi hadiahlah, nescaya kamu saling mencintai.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 594)

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK

Di antara gambaran akhlak buruk dalam berukhuwah adalah ketika berhasil berkenalan dengan seorang sahabat baru yang belum diketahui seluk beluk diri dan kepribadiannya, anda lantas meninggalkan sahabat yang telah bergaul denganmu dalam jangka waktu yang cukup lama. anda terus meninggalkan sahabat lama sehingga melupakannya, kemudian menuai akibat yang sangat buruk, iaitu terputusnya tali ukhuwah dengannya. Tanda-tanda kesetiaan lainnya adalah konsisten dengan sikap tawadhu '(rendah hati) terhadap sahabat, sekalipun anda seorang yang berpangkat, luas pengaruhnya, dan tinggi reputasinya.

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA Dl DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MAD’U DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT

Ada orang yang berusaha mencari perhatian rakan-rakannya dengan cara mengaku bahawa ia adalah sahabat seorang ulama atau da'i terkenal. Ia begitu dekat dengannya, sering bertemu dan berkunjung ke rumahnya. Ketika ada kesempatan bertemu dalam suatu acara ia bertindak seakan-akan orang yang paling dekat dengan da'i tersebut daripada semua yang turut hadir, dan beberapa tindakan lain yang pada dasarnya tidak disukai oleh ulama atau da'i tadi, kerana hal tersebut boleh menimbulkan kecemburuan yang tidak sihat pada sahabat-sahabatnya yang lain, atau boleh membuat suasana tidak nyaman. Melihat gejala-gejala seperti itu, sang da'i memutuskan untuk membekukan hubungannya dengan orang yang sombong tersebut demi menghindari hal-hal yang negatif. Dengan demikian, putuslah hubungan yang sebelumnya sudah terjalin antara mereka berdua.

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT

“Tanda-tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta jika berjanji ia mengingkari;
dan jika dipercaya ia berkhianat.” Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 33

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANGKITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

Ibnu Hazm rahimahullah berkata: "Jangan sampaikan berita yang membuat sahabatmu sedih atau tidak bermanfaat baginya, kerana itu adalah perbuatan orang-orang kerdil. Dan jangan menyembunyikan berita yang boleh membahayakannya jika ia tidak tahu, kerana itu merupakan pekerjaan orang-orang jahat."

21. TERLALU CINTA

"Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti. " (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam al-Birr wash-Shillah no. 1997)

Maka kita tidak boleh berlebihan dalam mencintai seseorang, kerana akan melemahkan persahabatan.

Semoga persahabatan yang terjalin antara kita semua berkekalan dan sentiasa dalan rahmat Allah.

Monday, August 18, 2008

Thursday, July 31, 2008

PENYELIDIKAN

1. TUJUAN-TUJUAN UTAMA PENYELIDIKAN IALAH UNTUK:
*Mengenal pasti sesuatu masalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka
*Memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas;
*Menggumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun produk;

2. PROSES-PROSES DALAM MENJALANKAN PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN KAEDAH SOAL SELIDIK (SURVEY)
1. Mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya.
2. Mengumpul data
• Memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian.
• Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles).
• Menentukan sampel.
• Menjalankan soal selidik.
3. Menganalisa data

• Mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik
• Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable)
• Menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables).
• Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.

2.1 MENGENAL PASTI MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI DAN SUMBERNYA.
• Tujuan soal selidik - Mengenal pasti isu yang hendak di
selidiki.
• Jenis maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya.
• Liputan soal selidik – contohnya: samada beberapa negeri
atau seluruh Malaysia
• Mengenal pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu
tersebut

2.2 MENGUMPUL DATA
a) Terdapat dua kategori data:
Data primer - data/maklumat yang diperolehi secara terus dari sumber yang
asal samada secara temubual atau pemerhatian.
Data sekunder – data yang telah sedia ada. Ia telah di kumpul oleh pihak
Lain dan data ini boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan (contohnya:
statistik/perangkaan banci, statistik kemalangan jalanraya dsb).

b) Teknik-teknik pengumpulan data
Soal-seldik (Self-Surveys)
Ia dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dihantar samada
melalui pos, dikepilkan bersama surat khabar atau majalah.

Temubual (Interviews) -
Ia dijalankan secara berhadapan (face-to-face) atau melalui telefon.

Pemerhatian (Observation) -
Pemerhatian secara terus (Direct observation)
• Kaedah ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan
jumlah kenderaan yang melalui sesebuah jalaraya.
• Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia.

Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation)
• Kaedah ini berasal dari bidang antropologi (kajian tentang
kehidupan masyarakat).
• Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.



c) Rekabentuk soal selidik
Rekabentuk soal selidik biasanya akan mempunyai sekurang-kurangnya dua
bahagian:
1. Bahagian data demografi (umur, jantina dsb)
2. Bahagian topik yang dikaji.

Rekabentuk soalan yang baik haruslah :
• mudah difahami,
• tepat,
• tidak mengandungi dua soalan yang digabungkan
• jika boleh, dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat,
• menerangkan definisi atau takrifan teknikal, contohnya “isi rumah”,
• menggunakan masa yang optima untuk menjawabnya,

Kategori soalan terbuka atau tertutup :
Soalan terbuka
• Merupakan soalan dimana pilihan jawapannya tidak diberikan terlebih
dahulu.
• Biasanya melibatkan soalan berbentuk pendapat.
Contohnya: Apakah pendapat anda tentang Persatuan ini?
…………………………………………………………..
Soalan tertutup
• Pilihan jawapannya diberi. Contohnya:
Berapakah umur anda?
Kurang dari 5 tahun
6 hingga 20 tahun
21 hingga 67 tahun
68 keatas

Soalan tertutup adalah mudah untuk dianalisa menggunakan komputer (SPSS
dsb) manakala jawapan soalan terbuka perlu di kategorikan sebelum ianya
boleh dianalisa.

MENDEFINASIKAN SOALAN-SOALAN (VARIABLES)
• Setiap soalan yang ditanya adalah satu petunjuk tentang variasi di dalam populasi yang di kaji.
• Variable-variable ini boleh dibahagikan kepada tiga skala utama:

Skala nominal
Ia merupakan variable yang mana kategorinya tidak mengikut ranking.

Contoh:
Jenis variable
Kategori
Warna biru, merah, hijau
Negara Malaysia, Indonesia, Singapura
Jantina lelaki, perempuan
Variable yang mempunyai dua kategori (dichotomous) adalah nominal:

Skala ordinal
• Varaible yang boleh disusun mengikut ranking adalah termasuk dalam kategori ini.
• Perbezaan antara kategori tidak boleh diukur secara matematik.
Contoh:
Jenis variable
Kategori
Jenis perumahan kos tinggi, kos sederhana, kos rendah
Kelas pengijazahan kelas pertama, kedua tinggi, kedua rendah, ketiga
Pendapat (opinion) sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju

Skala interval
Varaible yang boleh disusun mengikut ranking dan perbezaan antara setiap kategori tersebut adalah sama dan boleh diukur secara matematik.

Contoh:
Jenis variable
Kategori
Pendapatan 1 ribu, 2 ribu, 3 ribu, dsb
Umur 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dsb
Markah peperiksaan 36, 44, 57, 69, dsb

PENSAMPELAN
Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada:
• Persampelan berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu:
• Sampel rawak mudah
• Sampel sistematik
• Sampel berstrata
• Sampel berkelompok

• Persampelan tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu:
• Sampel kuota
• Sampel “bola salji”
• Sampel pertimbangan

PENENTUAN SAIZ SAMPEL
• Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang mewakili penduduk berkenaan.
• Semakin besar saiz sampel semakin tepat data yang diperolehi dengan syarat tiada bias didalam pemilihan sampel.
• Saiz sampel yang besar pula memerlukan kos yang tinggi.
Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil kira:
• Kos
• Masa
• Tenaga kerja
• Kemudahan
• Ketepatan yang dikehendaki atau objektif penyelidikan



MENJALANKAN SOAL SELIDIK
Sebelum sesebuah kajian soal selidik dijalankan, adalah amat penting untuk membuat survey rintis / pilot test.
Survey rintis merupakan satu survey kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan dan mengatasi masaalah perancangan soal selidik.

Fungsi pilot test:
• Menguji kelengkapan rangka sampel.
• Memastikan semua soalan dapat difahami dengan tepat dan tiada kekeliruaan.
• Memastikan susunan layout soal selidik yang baik.
• Menguji kod-kod jawapan yang di berikan, iaitu lengkap dan saling ekslusif.
• Memastikan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab borang soal selidik adalah seperti yang dijangkakan.
• Mengangarkan kos yang terlibat.


2.3 MENGANALISA DATA
Data yang dikumpul (raw data) boleh dianalisa secara:
• Manual (jika ianya tidak begitu kompleks)
• Menggunakan program-program khusus seperti SpSS, SAS dsb.

Tuesday, July 22, 2008

Bukan Senang Nak Jadi Ummi...


Assalamualaikum...
Lama sungguh tak update blog.Biasalah kalau dah balik kampung, banyak la tanggungjawab. Seronok sangat dapat anak saudara kembar. Seronok memang seronok tapi bukan senang...tak tidur malam. Pesanan khas buat sahabat-sahabat mujahidah...kalau yang dah kahwin tu bersedialah..kalau yang belum kena bersedia jugak...

Wednesday, June 25, 2008

Monday, June 23, 2008

Suatu Peringatan...

Assalamualaikum...hari ini nikmat kesihatan ditarik sedikit. Tapi kesakitan inilah yang boleh menghapus dosa-dosa yang membelenggu diri sekian lama. Mungkin juga satu peringatan buat diri yang sering lalai dan lupa kepada Allah dan Rasul-Nya. Saya mendapat email daripada seorang sahabat tapi mungkin cerita ini ramai yang sudah mendengarnya. Apa yang penting di sini satu ulangan sebagai peringatan kepada semua termasuk penulis. Saya amat tertarik dengan kisah ini...

content="Microsoft Word 11">

"Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah

nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH.

Waktu susah baru la nak ingat ALLAH."




Wednesday, June 18, 2008

Musafir Seorang Sufi



Hidup adalah satu perjalanan dan dunia ini merupakan persinggahan. Kita mungkin lupa tujuan Pencipta kita yang Agung menjadikan manusia. Inilah bukti sifat insan, mudah lupa dan memerlukan tazkirah atau peringatan supaya kembali kepada Tuhan. Oleh sebab itu, ALLAH S.W.T telah mensyariatkan tazkirah (peringatan). Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(az-Dzaariyat:55)

Apabila kita menyedari tujuan kita berada di dunia yang fana ini, sudah pasti kita mengetahui bahawa perjalanan memerlukan bekalan. Dan sudah tentu ilmulah menjadi intipatinya. Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing.

Seorang pengembara sudah pasti bukan sekadar melihat dan berjalan tapi merenung dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman. Justeru si pengembara itu bisa mengetahui dan memahami supaya tidak mengulangi kesilapannya. Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Begitulah hidup seorang musafir yang sentiasa memburu cinta Agung. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka”
(Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Justeru, dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Apabila seorang sufi meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”
(Surah An Nahl: Ayat 36)

.

Tuesday, June 17, 2008

Siapa sangka...


Ni gambar bunga kat Rumah Masyitah (RM) ..ha!jangan tak percaya...lawa bunga ni rupanya... Pohon ni berjaya kepada PMIUM. Masihkah anda semua ingat wahai ahli PMIUM...? Di bawah pokok bunga ini la, anda mendengar ucapan keramat calon-calon PRK . Masihkah anda ingat? Kat sini la anda semua makan sup?...masihkah kau ingat?

Monday, June 16, 2008

Bersangka baiklah kepada ALLAH...

Pesanan ini untuk diriku juga...Sejak 2 menjak ni selalu dengar masalah daripada beberapa orang sahabat. Macam-macam masalah...sampai saya pun hampir-hampir nak menangis juga.Saya hanya boleh nasihat sikit-sikit je..ikut pengalaman yang tak seberapa.Bila fikir..untungnya mereka yang diuji..sebab itu tanda Allah sayang. Semoga semua sahabat-sahabat redha dan tenang menghadapi segala musibah dan ujian Allah. Yang penting kita bersangka baik kepada Allah...dan muhasabah diri.

ALASAN DAN BALASAN

Kita selalu berbicara mengenai tanggungjawab dan amanah. Tanggungjawab dan amanah itu satu keperluan dan kewajipan dan bukannya pilihan. Manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di muka bumi. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, saya selalu diperdengarkan akan ayat al-Quran yang berkaitan tanggungjawab.

Dan sehingga saya dewasa saya seringkali “berjumpa” dengan ayat ini dalam kertas kerja, buku mahupun artikel yang saya baca sehingga saya termenung apabila setiap kali membaca ayat ini. Apakah rahsia ayat ini? Dan kenapa saya selalu ada “jodoh” dengan ayat ini? Saya mula mencari dan saya hampir mendapat jawapannya…tapi mungkin bukan rahsia sebenar yang Tuhan maksudkan.(nak tahu? Biarlah ia menjadi rahsia saya dan Tuhan) Mungkin hanya persepsi saya selaku hamba-Nya yang kurang berilmu ini. Saya yakin Allah Taala menurunkan al-Quran bukan dengan sia-sia dan Allah berhak memberi hikmah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Daripada ayat inilah saya sematkan tekad dalam jiwa saya bahawa kita ada tanggungjawab. YA! TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan di hari kebangkitan.

“Saya tidak cukup ilmu la, saya belum bersedia..”

“Saya masih belajar lagi..”

“Ana tak berani dan tak cukup kuat iman, ntum tak pe…”

“Korang dah buat tu cukup la, aku tak payah tak pe..”

Mungkin dialog(*) ini biasa kita dengar, tak kisah la dalam amanah kepimpinan mahupun kerja-kerja dakwah. Maka kita selaku INSAN LEMAH LAGI KERDIL bersetuju dan redha akan KELEMAHAN dan KEKERDILAN yang kita miliki itu dulu, kini dan ….sampai bila? Sampai bila kita perlu merendah diri pada bukan tempatnya?

Dan kerana alasan-alasan itulah, beberapa sahabat yang jiwa mereka penuh kerelaan menerima tanggungjawab dan amanah walaupun menyedari kepentingan diri mereka sudah banyak terkorban dan dikorbankan demi perjuangan Islam. Maka terbebanlah beberapa orang ini. Apabila sesuatu fitnah datang, berbunyilah suara-suara sumbang yang tidak diundang…

“Itulah…sape suruh lantik dia..aku dah kata dulu”

Kan ana dah cakap, dia tak layak..”

“Buat malu je…”

“Sape suruh terima jawatan tu…kalau dah tak mampu jangan ambik”

“Nama je pejuang…”

Nak tahu suara tu datang daripada mana? Tentulah daripada orang pernah berdialog seperti di dialog(*) di atas…

Situasi ini sering saya jumpa di sekolah waktu saya belajar dulu, pengalaman orang yang terdekat dengan saya, waktu di kampus dan sewaktu dengannya. Tapi mereka mungkin lupa. Mungkin juga mereka tidak tahu dan mungkin juga mereka tidak diberitahu…Justeru, saya di sini nak memberitahu supaya sedarlah…apabila kita mengaku kita orang Islam dan umat nabi Muhammad…terlibatlah dalam segenap bidang dalam perjuangan dan jangan selalu memberi alasan dan menghukum orang yang sedang berjuang dengan pelbagai tuduhan. Tidak kira anda sudah berada di dalam perjuangan Islam atau pernah terlibat dalam perjuangan atau berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat seorang pensyarah saya di fakulti Sains yang mengatakan kenapa sekarang selalu dipersoalkan balasan anak kepada ibubapa dan balasan murid kepada cikgu? (pesanan khas untuk ibubapa dan guru shj) katanya apabila itu telah menjadi tanggungjawab beerti ia tidak perlu kepada balasan dan ia akan kemestian dan kewajipan yang perlu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan, lebih-lebih lagi memberi alasan. Jangan salah anggap pula…saya tidak bermaksud supaya anak-anak atau pelajar tidak perlu membalas jasa ibubapa dan guru (pada hakikatnya memang tidak mampu dibalas) kerana penghargaan itu tanda kita kasih dan sayang kepada mereka. Justeru, tiada alasan untuk kita meminta balasan.

Wednesday, June 11, 2008


Monday, June 9, 2008

Rakyat makin fakir akibat tindakan kerajaan

Nurul Nuha
Tue | Jun 10, 08 | 7:02:31 am MYT

KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membatukan diri, tetapi rakyatlah yang menderita akibat bebanan kenaikan harga minyak, tegas ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di parlimen semalam.

"Saya tidak boleh bayangkan betapa 'fakirnya' kakitangan bawahan yang tinggal di Kuala Lumpur ekoran bencana inflasi ini sedangkan kerajaan masih enggan menaikkan gaji kakitangan hingga ke tahap gaji minimum," katanya.

Isu utamanya, sambung beliau lagi,adalah kesan berantai dan tekanan inflasi yang mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang memeritkan.

"Hakikatnya, kerajaan tidak berupaya memberi satu alasan bagi menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak," jelas beliau.

Salehuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang pendekatan yang ampuh diambil kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Rakyat marhaen melihat arahan menteri menegur pengusaha-pengusaha bas menaikkan harga tambang sebagai arahan tidak logi," tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam sesi penyerahan memorandum kepada Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menggesa agar diadakan perundingan untuk mencari penyelesaian konkrit antara wakil-wakil yang terlibat.

"Rundingan dan persepakatan yang dicapai diharap dapat memberi kepuasan kepada rakyat dan kerajaan dengan situasi menang-menang,"katanya.

Sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PAS, beliau juga memohon Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu persidangan tergempar Dewan Rakyat.

"Persidangan itu dibuat bagi membolehkan satu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara boleh dirunding sewajarnya," tegas Salehuddin mengakhiri sidang media tersebut. - mks._

MAAF

BLOG INI MASIH DALAM PENYELENGGARAAN.

Logika

"Ibu,adik nak naik tangga bleh?"

"Jangan..nanti jatuh"

"Kenapa ibu?"

"Semua benda boleh jatuh.."

"Tapi ibu...kenapa harga minyak tak pernah turun?"

"mmm...."

Wednesday, March 19, 2008

Rasulullah...

Kerinduan yang teramat di sudut hati membawa kekuatan buatku untuk menulis. Rinduku pada Kekasih Allah...rinduku pada Rasulullah. Terasa amat dalam di sudut hati sehingga seolah-olah pedih ditikam menusuk qalbu. Tiada ungkapan lagi yang boleh ku luah...