Wednesday, June 25, 2008

Monday, June 23, 2008

Suatu Peringatan...

Assalamualaikum...hari ini nikmat kesihatan ditarik sedikit. Tapi kesakitan inilah yang boleh menghapus dosa-dosa yang membelenggu diri sekian lama. Mungkin juga satu peringatan buat diri yang sering lalai dan lupa kepada Allah dan Rasul-Nya. Saya mendapat email daripada seorang sahabat tapi mungkin cerita ini ramai yang sudah mendengarnya. Apa yang penting di sini satu ulangan sebagai peringatan kepada semua termasuk penulis. Saya amat tertarik dengan kisah ini...

content="Microsoft Word 11">

"Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah

nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH.

Waktu susah baru la nak ingat ALLAH."




Wednesday, June 18, 2008

Musafir Seorang Sufi



Hidup adalah satu perjalanan dan dunia ini merupakan persinggahan. Kita mungkin lupa tujuan Pencipta kita yang Agung menjadikan manusia. Inilah bukti sifat insan, mudah lupa dan memerlukan tazkirah atau peringatan supaya kembali kepada Tuhan. Oleh sebab itu, ALLAH S.W.T telah mensyariatkan tazkirah (peringatan). Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(az-Dzaariyat:55)

Apabila kita menyedari tujuan kita berada di dunia yang fana ini, sudah pasti kita mengetahui bahawa perjalanan memerlukan bekalan. Dan sudah tentu ilmulah menjadi intipatinya. Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing.

Seorang pengembara sudah pasti bukan sekadar melihat dan berjalan tapi merenung dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman. Justeru si pengembara itu bisa mengetahui dan memahami supaya tidak mengulangi kesilapannya. Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Begitulah hidup seorang musafir yang sentiasa memburu cinta Agung. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka”
(Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Justeru, dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Apabila seorang sufi meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”
(Surah An Nahl: Ayat 36)

.

Tuesday, June 17, 2008

Siapa sangka...


Ni gambar bunga kat Rumah Masyitah (RM) ..ha!jangan tak percaya...lawa bunga ni rupanya... Pohon ni berjaya kepada PMIUM. Masihkah anda semua ingat wahai ahli PMIUM...? Di bawah pokok bunga ini la, anda mendengar ucapan keramat calon-calon PRK . Masihkah anda ingat? Kat sini la anda semua makan sup?...masihkah kau ingat?

Monday, June 16, 2008

Bersangka baiklah kepada ALLAH...

Pesanan ini untuk diriku juga...Sejak 2 menjak ni selalu dengar masalah daripada beberapa orang sahabat. Macam-macam masalah...sampai saya pun hampir-hampir nak menangis juga.Saya hanya boleh nasihat sikit-sikit je..ikut pengalaman yang tak seberapa.Bila fikir..untungnya mereka yang diuji..sebab itu tanda Allah sayang. Semoga semua sahabat-sahabat redha dan tenang menghadapi segala musibah dan ujian Allah. Yang penting kita bersangka baik kepada Allah...dan muhasabah diri.

ALASAN DAN BALASAN

Kita selalu berbicara mengenai tanggungjawab dan amanah. Tanggungjawab dan amanah itu satu keperluan dan kewajipan dan bukannya pilihan. Manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di muka bumi. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, saya selalu diperdengarkan akan ayat al-Quran yang berkaitan tanggungjawab.

Dan sehingga saya dewasa saya seringkali “berjumpa” dengan ayat ini dalam kertas kerja, buku mahupun artikel yang saya baca sehingga saya termenung apabila setiap kali membaca ayat ini. Apakah rahsia ayat ini? Dan kenapa saya selalu ada “jodoh” dengan ayat ini? Saya mula mencari dan saya hampir mendapat jawapannya…tapi mungkin bukan rahsia sebenar yang Tuhan maksudkan.(nak tahu? Biarlah ia menjadi rahsia saya dan Tuhan) Mungkin hanya persepsi saya selaku hamba-Nya yang kurang berilmu ini. Saya yakin Allah Taala menurunkan al-Quran bukan dengan sia-sia dan Allah berhak memberi hikmah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Daripada ayat inilah saya sematkan tekad dalam jiwa saya bahawa kita ada tanggungjawab. YA! TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan di hari kebangkitan.

“Saya tidak cukup ilmu la, saya belum bersedia..”

“Saya masih belajar lagi..”

“Ana tak berani dan tak cukup kuat iman, ntum tak pe…”

“Korang dah buat tu cukup la, aku tak payah tak pe..”

Mungkin dialog(*) ini biasa kita dengar, tak kisah la dalam amanah kepimpinan mahupun kerja-kerja dakwah. Maka kita selaku INSAN LEMAH LAGI KERDIL bersetuju dan redha akan KELEMAHAN dan KEKERDILAN yang kita miliki itu dulu, kini dan ….sampai bila? Sampai bila kita perlu merendah diri pada bukan tempatnya?

Dan kerana alasan-alasan itulah, beberapa sahabat yang jiwa mereka penuh kerelaan menerima tanggungjawab dan amanah walaupun menyedari kepentingan diri mereka sudah banyak terkorban dan dikorbankan demi perjuangan Islam. Maka terbebanlah beberapa orang ini. Apabila sesuatu fitnah datang, berbunyilah suara-suara sumbang yang tidak diundang…

“Itulah…sape suruh lantik dia..aku dah kata dulu”

Kan ana dah cakap, dia tak layak..”

“Buat malu je…”

“Sape suruh terima jawatan tu…kalau dah tak mampu jangan ambik”

“Nama je pejuang…”

Nak tahu suara tu datang daripada mana? Tentulah daripada orang pernah berdialog seperti di dialog(*) di atas…

Situasi ini sering saya jumpa di sekolah waktu saya belajar dulu, pengalaman orang yang terdekat dengan saya, waktu di kampus dan sewaktu dengannya. Tapi mereka mungkin lupa. Mungkin juga mereka tidak tahu dan mungkin juga mereka tidak diberitahu…Justeru, saya di sini nak memberitahu supaya sedarlah…apabila kita mengaku kita orang Islam dan umat nabi Muhammad…terlibatlah dalam segenap bidang dalam perjuangan dan jangan selalu memberi alasan dan menghukum orang yang sedang berjuang dengan pelbagai tuduhan. Tidak kira anda sudah berada di dalam perjuangan Islam atau pernah terlibat dalam perjuangan atau berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat seorang pensyarah saya di fakulti Sains yang mengatakan kenapa sekarang selalu dipersoalkan balasan anak kepada ibubapa dan balasan murid kepada cikgu? (pesanan khas untuk ibubapa dan guru shj) katanya apabila itu telah menjadi tanggungjawab beerti ia tidak perlu kepada balasan dan ia akan kemestian dan kewajipan yang perlu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan, lebih-lebih lagi memberi alasan. Jangan salah anggap pula…saya tidak bermaksud supaya anak-anak atau pelajar tidak perlu membalas jasa ibubapa dan guru (pada hakikatnya memang tidak mampu dibalas) kerana penghargaan itu tanda kita kasih dan sayang kepada mereka. Justeru, tiada alasan untuk kita meminta balasan.

Wednesday, June 11, 2008


Monday, June 9, 2008

Rakyat makin fakir akibat tindakan kerajaan

Nurul Nuha
Tue | Jun 10, 08 | 7:02:31 am MYT

KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membatukan diri, tetapi rakyatlah yang menderita akibat bebanan kenaikan harga minyak, tegas ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di parlimen semalam.

"Saya tidak boleh bayangkan betapa 'fakirnya' kakitangan bawahan yang tinggal di Kuala Lumpur ekoran bencana inflasi ini sedangkan kerajaan masih enggan menaikkan gaji kakitangan hingga ke tahap gaji minimum," katanya.

Isu utamanya, sambung beliau lagi,adalah kesan berantai dan tekanan inflasi yang mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang memeritkan.

"Hakikatnya, kerajaan tidak berupaya memberi satu alasan bagi menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak," jelas beliau.

Salehuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang pendekatan yang ampuh diambil kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Rakyat marhaen melihat arahan menteri menegur pengusaha-pengusaha bas menaikkan harga tambang sebagai arahan tidak logi," tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam sesi penyerahan memorandum kepada Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menggesa agar diadakan perundingan untuk mencari penyelesaian konkrit antara wakil-wakil yang terlibat.

"Rundingan dan persepakatan yang dicapai diharap dapat memberi kepuasan kepada rakyat dan kerajaan dengan situasi menang-menang,"katanya.

Sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PAS, beliau juga memohon Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu persidangan tergempar Dewan Rakyat.

"Persidangan itu dibuat bagi membolehkan satu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara boleh dirunding sewajarnya," tegas Salehuddin mengakhiri sidang media tersebut. - mks._

MAAF

BLOG INI MASIH DALAM PENYELENGGARAAN.

Logika

"Ibu,adik nak naik tangga bleh?"

"Jangan..nanti jatuh"

"Kenapa ibu?"

"Semua benda boleh jatuh.."

"Tapi ibu...kenapa harga minyak tak pernah turun?"

"mmm...."