Sunday, September 6, 2009

AL-WAFI

ALWAFI : INSPIRASI GENERASI RABBANI


Salam Ramadhan…semoga kita semua mendapat rahmat, kasih sayang dan keampunan daripada Allah melimpah-ruah sepanjang menjalani ibadah puasa di dalam bulan yang mulia ini. Sesungguhnya kemuliaan itu datang dari Allah dan Allah lah yang paling mulia. Ramai sahabat-sahabat komen kepada saya sebab tak update blog ni. Alhamdulillah…ada juga kesempatan ini untuk meneruskan perkongsian pengalaman yang sedikit ini bersama-sama sahabat-sahabat di dalam Bicara Sang Pengembara. Minggu pertama Ramadhan, sedikit ujian Allah bagi, selsema dan batuk. Mungkin ini boleh menghapus dosa-dosa kelalaian hamba ini dan meningkatkan tahap keimanan..insyaAllah. Realitinya, memang payah nak sampai tahap redha dengan ujian. Mungkin kita boleh sampai tahap sabar je…kalau demam tu ok lagi tapi kalau batuk tak berhenti-henti sampai tak boleh tidur malam,kadang-kadang terlintas “Dah la…tak tahan …” Kalau nak rasa,try skali…=)

ALWAFI…jap! Bagaimana ia bermula???Tiba-tiba lupa plak. Semenjak mengurus Pusat Pengajian Alwafi ini,banyak yang saya belajar dari budak-budak (pelajar-pelajar) dan makcik-makcik di sini. Memang betul teori, nak uji tahap kesabaran kita, cuba jaga budak-budak. Memang teruji. Dengan pelbagai latar-belakang keluarga dan pendidikan dan macam-macam kerenah mereka memang menguji tahap kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah..saya amat bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan Alwafi. Dulu tak terfikir pula boleh terlibat dengan bidang pendidikan ini. Tapi bila fikir-fikir dan terkenag-kenang, memang cita-cita nak jadi pendidik dan usahawan. Tiba-tiba Allah bagi secara mengejut dalam keadaan saya tidak bersedia dengan sepenuhnya. Terima kasih juga kepada ustaz Radzi..bangga la tu…(gurau je) kerana memperkenalkan saya dengan Alwafi ini.

Walaupun, pada permulaan, agak perit juga nak uruskan sorang-sorang ni (selepas kak Yus balik Terengganu). Tapi Alhamdulillah…ada sahabat-sahabat Mujahid yang sudi menolong. Tak lupa juga Wave (nanti kang merajuk plak Ayong..hehe) Entah kenapa la,,tiba-tiba macam ucapan penghargaan pula..hehe. Alhamdulillah..sekarang dengan lebih kurang 100 orang anak murid, Alwafi masih stabil meneruskan misi tarbiyah mendidik generasi baru. Alwafi memang sumber inspirasi saya untuk meneruskan agenda ini. Anak-anak yang semangat untuk belajar agama, malah makcik-makcik yang tekun belajar al-Quran membuatkan saya terus setia untuk membangunkan Alwafi. Mungkin berkat doa-doa sahabat juga.

Idea-idea baru dalam membangunkan Alwafi terus berkembang dengan bantuan Muna dan Ayong. Sambil-sambil musafir keluarlah tema : Inspirasi Generasi Rabbani. Macam best…ok la tu. Saya amat berharap Alwafi akan terus menjadi inspirasi keapda generasi baru untuk mendekati Allah. Walaupun, ustazah Asyanti (hehe) pun tak banyak ilmu, tapi saya positif, anak-anak lah yang menguatkan semangat saya untuk terus menambah ilmu dari masa ke semasa dan budaya cintakan ilmu akan terus subur di Pusat Pengajian Al-Wafi.

Kadang-kadang ada suara-suara yang cuba menggugat saya menyatakan “Bukan senang kerja sendiri,nanti mudah bankrup.” “Cukup ke duit nak sara hidup tu… Boleh mewah ke…?” Saya menganggap mereka itu “sayangggg” kat saya dan bimbang akan masa depan saya (buat sedap hati..huhu) Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini, saya tutup sekolah (cuti sepanjang 1 bulan) dan sesiapa nak belajar al-Quran, saya ajar percuma dan tadarus setiap malam. Macam-macam la kerisauan sanak-saudara bila dengar. “Habis, tak de sumber pendapatan la bulan ni?!!!tak de la duit raye?” Lebih kurang macam tu la dialognya… Saya tak kaya dan tak banyak duit untuk sedekah bulan puasa ini, inilah sedekah saya malah, yang sepatutnya setiap bulan saya buat percuma tapi saya buat sekadar termampu. Yuran anak-anak pada bulan lain untuk membayar sewa dan bil-bil. Perancangan masa depan tu ada…insyaAllah.

Pendidikan generasi ini adalah tangungjawab saya, tanggungjawab kita semua. Kita lah yang mencorakkan rakyat masa hadapan. Saya tidak lah sentiasa bersemangat seperti sekarang. Kadang-kadang saya termenung sorang-sorang..blurr..tak tahu nak buat apa. Iman kita berkurang dan bertambah. Tapi kita tahu ada cara untuk meningkatkan iman kita. Kita harus kearah itu. Ramai sahabat-sahabat berharap sekolah ini terus berkembang dari sekolah KAFA swasta menjadi sekolah rendah agama. Harapan saya juga begitu, tapi saya tak pasti samada saya mampu atau tidak untuk meneruskan perjuangan ini.(macam jiwang la plak…serius2) tapi tu la harapan ramai orang malah alumni sendiri. Saya yakin dengan pendapat al-Baidhawi : “ Tarbiyah ialah menyampaikan sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada kesempurnaan” Kita bergerak step by step..perlahan-lahan tapi jangan tak bergerak terus. Payah tu…

Tumpuan saya adalah kepada ilmu al-Quran, saya nak anak-anak menghayati al-Quran. Alhamdulillah, harapan baru datang lagi, Najlaa dengan begitu semangat nak bersama-sama membangunkan sekolah. Bulan Ramadhan ini banyak rezeki Allah bagi kepada AlWafi. Melimpah-ruah,sampai malu rasanye dengan Tuhan. Semoga keberkatan terus-menerus dicurahkan Allah kepada Pusat Pegajian Al-Wafi. Sahbat-sahabat muslimat yang dijemput untuk hadir majlis tazkirah oleh Pengarah Nisa’ Malaysia, Dr. Rosni Adam selepas solat tarawih di Pusat Pengajian Al-Wafi 9.30 malam,3hb September 2009 (khamis) dan sahabat-sahabat yang berminat nak jadi fasilitator Kem Ramadhan Al-Wafi boleh hubungi saya. Kem bermula 5 petang, 4hb September (jumaat) hingga tengahari 6hb September (ahad). Sesiapa yang bermurah hati nak bagi sumbangan boleh juga (banyak pahala…). Alwafi Training Centre (001848507-M) 14171010005470 (bank islam) Wallahua’alam.