Thursday, January 15, 2009

Esok...

Hari ini 16hb Januari 2009, hari terakhir dan peluang terakhir pejuang-pejuang PAS di Kuala Terengganu berusaha untuk memenangkan calon Hj Mohd Abdul Wahid. Semalam saya mendapat 1 sms : "10 bus..hantu masuk.byr seribu sorg...pas xdpt menang if pejuang2nya hanya nampak brapa krtas yg perlu dipangkah.prlu nmpak hanya Allah yg mampu menolong di iringi usaha berterusan" Tipu daya musuh bnyk,mcm2 diaorg akan usahakan asalkan MENANG. kalau kita yang beriman dengan pertolongan Allah dan bala tentera-Nya yang mungkin tak akan dapat dilihat oleh mata kasar...masih ragu-ragu dengan janji Allah dan masih lalai dan tepesona dengan nikmat dunia yang sementara, maka sia-sia la usaha kita yang sampai tak balik rumah,tidur di markaz dan sebagainya.

Tapi jika terlebih yakin pun tak boleh juga. Saya cakap kat Kak Seha, baru hari ini saya rasa macam berdebar sikit bila survey ramai yang yakin pas akan menang dan semalam masa Kak Da telefon dari Melaka pun cakap ramai pengundi luar nak balik undi pas. Takut-takut kerana terlalu mengharap kemenangan,kita akan terkejut dan kecewa bila kalah. Sebab kadang-kadang Allah tunjukkan kasih dan sayangNya dengan memberi apa yang kita tak suka atau apa yang kita tak jangka. Allah sentiasa akan menguji hamba-hambaNya yang kekal beriman padaNya. Di sini, walaupun kepenatan tapi penuh kenangan dan pengajaran. Saya suka tengok sahabat-sahabat di sini...walaupun ada perselisihan faham atau konflik tapi demi kerja untuk ISLAM, mereka buat kerja sampai selesai. Bila dah lama tak balik Terengganu, pastu balik-balik duk lama plak kat sini,rasa serenok pulak..Bahaya ni..Pusat Pengajian al-Wafi kat KL tu sape nak jaga..(mesti Kak Yus marah nanti..hehe)

Setiap permulaan mesti ada akhirnya...begitu juga setiap pertemuan ada perpisahan. Agaknya apa pengakhiran untuk pilihanraya kecil ni. Kita sama-sama tunggu dan lihat... Tapi yang pasti bagi saya musafir juga yang paling best daripada menetap pada satu tempat je. Bila mengembara ni mesti ada pengalaman baru. Lepas pilihanraya ni balik KL,pastu kalau ada rezeki nak gi Johor,walimah 'terkezut' ukhti Amirah.Rasa-rasanya,nak gi rumah Kak Da & Abg Ar kat Melaka atau rumah Abang kat Mersing...tengok dulu la.best berjalan ni...=)

Monday, January 5, 2009

Kelahiranku...5 Januari

Dah tua rupanya...terima kasih sahabat-sahabat yang ingat tarikh lahir dan mengucapkan 'hepi besday' ...'selamat hari tua'...dan sebagainya. Saya bukan jenis sambut hari lahir ni tapi terharu juga la sahabat-sahabat yang bagi ucapan..tu tanda ingatan. Paling sadis, mak tak ingat pun besday anaknya ni...nak buat macam mana,anak dia ramai=) Masih segar dalam ingatan, ayah pesan pada kami adik-beradik, tak payah nak sambut hari lahir ni..cuba kita ingat bila kita nak mati. Memang betul! Bila meningkatnya umur tanda semakin pendek umur dan mendekati kematian. Dan bila kita ingat MATI automatik la kita insaf dan takut nak buat maksiat kepada Allah dan sentiasa melakukan yang terbaik setiap hari sebab dah nak mati kan... MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH...


Munajatku...

Sunday, January 4, 2009

Palestine

Apabila rasa kepenatan kerana berjuang,ingatlah kita hanya berpeluh dengan titisan air sedangkan mujahid di Palestine bermandikan titisan darah...Bila terasa sakit kepala, lenguh badan dan kaki, ingatlah mujahid di Palestine kesakitan ditembusi peluru...Kesibukan kita mungkin sehingga tidak sempat makan, tapi kesibukan mereka sehingga menggadaikan nyawa demi Allah dan Rasul.

Thursday, January 1, 2009

Hospital di Gaza dalam keadaan tenat.


Khamis ,01/01/2009 - Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ.

Hospital itu telah memindahkan beberapa peralatan perubatan ke tingkat bawah tanah. Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Kesihatan Gaza, Medhat Abbas memberitahu IRIN: "Al-Shifa tidak pernah menerima kesemua ratusan pesakit secara serentak. Kakitangan hospital hanya menggunakan kain untuk memberhentikan pendarahan dan banyak pesakit telah mati akibat kekurangan bekalan dan peralatan."

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79