Tuesday, November 4, 2008

Musafir Bersama Hati Yang Suci ...boleh ke?



Sepanjang pengembaraan di perantauan ini, saya mula berfikir apakah mahu menghadap Tuhan dengan hati yang hitam? Hati mesti bersih dan suci . "Boleh ke kita jadi wali?" tanya seorang anak murid kepada gurunya. "Habis tu, kalau semua tak nak jadi wali...sape lagi..tak kan kambing kot?" Masih saya ingat kata-kata tuan guru di sebuah pondok. Macam keras dan sinis jawapannya tapi betul la kan? Kalau hati saya tak tenteram, saya mesti akan tatap wajah mak, ayah dan anak-anak saudara. Sebab bila lihat wajah orang yang tidak ada dosa ni, sejuk rasanya.Orang cakap kanak-kanak punyai hati yang bersih dan suci. Betul tu.Hati yang mulus hanya milik anak kecil yang tidak punya dosa. Cuba kita ajar anak-anak apa sahaja setiap hari, mereka akan ingat sampai bila-bila dengan mudah sebab hati dan jiwa mereka tiada dosa dan tidak dicemari. Jika sahabat-sahabat mahu jawapan yang tulus dan jujur, tanyalah kanak-kanak. "Cantik tak muka akak?" Pasti anda mendapat jawapan yang sebenar tapi jangan sedih pula bila menengar jawapannya.
Saya mendapat satu petua ni, (jika hati tidak tenang maka lihatlah bayi,peganglah kanak-kanak, dan lihatlah wajah mereka dengan kasih-sayang) daripada orang kampung. Sebagai wanita dan muslimah, saya yakin sahabat-sahabat juga seperti saya. Apabila dapat pegang bayi atau kanak-kanak, perasaan yang pelik tapi indah akan hadir dalam hati. Naluri seorang ibu secara semulajadi akan terbit. Itulah fitrah wanita walau macam mana sifat dan sikapnya. Walau keras atau lembut peribadinya. Tapi jangan menilai luarannya sahaja. Yang lembut belum tentu sahih kelembutannya dan begitulah sebaliknya. Hanya yang mempunyai mata hati yang dapat menilai. Yang penting, saya ingatkan sahabat-sahabat (muslimat), berilah kepada yang hak. Jauhari mengenal manikam.

Apabila saya ditanya soalan : "kalau dapat diundur waktu,zaman bila hang nak sejak hang dilahirkan?" Bagi saya zaman kanak-kanak la..sebab masa tu tiada dosa. Tapi hakikatnya, masa tidak akan dapat diundur lagi. Sebab itulah, jangan sia-siakan masa dan waktu yang Allah bagi. Setiap amanah dan tanggungjawab akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Memang sakit hati dan pedih jiwa apabila setiap waktu kita asyik teringat dosa dan kelalaian kita terhadap Allah. Oleh kerna itu, ingatlah Allah setiap detik degup jantungmu dan setiap hembus nafasmu. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah itu Maha Penerima Taubat. Mudahkan?Memang mudah...tapi payah juga nak amalkan. Setiap saat ingat Allah!Baikilah hati,ubatlah jiwa dan bersihlah ia sebelum menghadap Tuhan.

Rasulullah SAW. bersabda:" Ingatlah bahwa sesunguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh itu. Dan bila segumpal darah itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuh. Dan ketahuilah segumpal darah itu adalah hati."

0 comments: