Sunday, November 30, 2008

TAKZIAH

Takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.Moga dicucuri rahmat dari-Nya.

Tuesday, November 4, 2008

Musafir Bersama Hati Yang Suci ...boleh ke?



Sepanjang pengembaraan di perantauan ini, saya mula berfikir apakah mahu menghadap Tuhan dengan hati yang hitam? Hati mesti bersih dan suci . "Boleh ke kita jadi wali?" tanya seorang anak murid kepada gurunya. "Habis tu, kalau semua tak nak jadi wali...sape lagi..tak kan kambing kot?" Masih saya ingat kata-kata tuan guru di sebuah pondok. Macam keras dan sinis jawapannya tapi betul la kan? Kalau hati saya tak tenteram, saya mesti akan tatap wajah mak, ayah dan anak-anak saudara. Sebab bila lihat wajah orang yang tidak ada dosa ni, sejuk rasanya.Orang cakap kanak-kanak punyai hati yang bersih dan suci. Betul tu.Hati yang mulus hanya milik anak kecil yang tidak punya dosa. Cuba kita ajar anak-anak apa sahaja setiap hari, mereka akan ingat sampai bila-bila dengan mudah sebab hati dan jiwa mereka tiada dosa dan tidak dicemari. Jika sahabat-sahabat mahu jawapan yang tulus dan jujur, tanyalah kanak-kanak. "Cantik tak muka akak?" Pasti anda mendapat jawapan yang sebenar tapi jangan sedih pula bila menengar jawapannya.
Saya mendapat satu petua ni, (jika hati tidak tenang maka lihatlah bayi,peganglah kanak-kanak, dan lihatlah wajah mereka dengan kasih-sayang) daripada orang kampung. Sebagai wanita dan muslimah, saya yakin sahabat-sahabat juga seperti saya. Apabila dapat pegang bayi atau kanak-kanak, perasaan yang pelik tapi indah akan hadir dalam hati. Naluri seorang ibu secara semulajadi akan terbit. Itulah fitrah wanita walau macam mana sifat dan sikapnya. Walau keras atau lembut peribadinya. Tapi jangan menilai luarannya sahaja. Yang lembut belum tentu sahih kelembutannya dan begitulah sebaliknya. Hanya yang mempunyai mata hati yang dapat menilai. Yang penting, saya ingatkan sahabat-sahabat (muslimat), berilah kepada yang hak. Jauhari mengenal manikam.

Apabila saya ditanya soalan : "kalau dapat diundur waktu,zaman bila hang nak sejak hang dilahirkan?" Bagi saya zaman kanak-kanak la..sebab masa tu tiada dosa. Tapi hakikatnya, masa tidak akan dapat diundur lagi. Sebab itulah, jangan sia-siakan masa dan waktu yang Allah bagi. Setiap amanah dan tanggungjawab akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Memang sakit hati dan pedih jiwa apabila setiap waktu kita asyik teringat dosa dan kelalaian kita terhadap Allah. Oleh kerna itu, ingatlah Allah setiap detik degup jantungmu dan setiap hembus nafasmu. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah itu Maha Penerima Taubat. Mudahkan?Memang mudah...tapi payah juga nak amalkan. Setiap saat ingat Allah!Baikilah hati,ubatlah jiwa dan bersihlah ia sebelum menghadap Tuhan.

Rasulullah SAW. bersabda:" Ingatlah bahwa sesunguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh itu. Dan bila segumpal darah itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuh. Dan ketahuilah segumpal darah itu adalah hati."

Friday, October 31, 2008

BATU SEREMBAN & kampung halaman...

(Gambar:Surau Haji Mat di kampung halaman)

Hampir setiap hari soalan yang sama bertalu-talu dan berlegar-legar di kepala saya dan disekitar Anjung Wahdah. Memang musimnya...musim cari kerja. Jawapan biasa:"....belum keje tetap lagi,jadi suri rumah dulu..." Tu belum saudara-mara dan sewaktu dengannya. Dan pada masa yang sama,macam-macam tawaran dan peluang yang ada.Pening!Pening!Bukan pening nak pilih tapi pening nak menjawab. Setiap orang ada matlamat atau impian yang ingin dicapai. Saya suka tengok sahabat-sahabat yang telah stabil di peringkat awal dan dah berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi samada suka atau tak. Tak suka? Padan ngan muka!sape suruh ambik jalan tu...(jangan marah).

Selepas menghadiri kursus kat PD (bukan Pantai Dalam), saya jadi jelas dan termotivasi apa yang saya nak dan apa yang saya ingin capai dalam hidup.Sekadar nak berkongsi dengan sahabat-sahabat, untuk perjuangan Islam, kita perlu sanggup melakukan apa sahaja. Banyak yang saya belajar melalui pengalaman yang sedikit ini. Daripada tak pernah belajar akaun, jadi boleh buat akaun.(skit-skit je la..) Tapi minat boleh dipupuk dan walau jalan yang susah kita ambik tapi kita yakin jika kita ikhlas kerana Allah dan perjuangan Islam pasti BOLEH. Dan bukan sekadar boleh tapi pasti CEMERLANG. Baru-baru ni ada sahabat nasihat kat saya supaya fokus, jangan cekup semua.Pilih dan fokus.Bila saya bagitahu apa yang saya dah pilih dan rancang,baru dia faham. Terima kasih sahabat...Tu la kadang-kadang kena kongsi juga dengan sahabat,baru tak timbul salah faham.

Ape kaitan "batu seremban"????Ops lupa plak...satu lagi pengalaman dalam mencari peluang dan mengejar impian ni. Rasa teruja dapat buat batu seremban. "Buat batu seremban? Boleh buat ke?" Memang saya tak penah buat. Tapi pernah tengok adik dan sepupu main kat rumah.Pastu tengok punyer tengok....reka-reka..pastu jadi. Tak sangka pulak boleh buat. Dan sebenarnya batu seremban ini mengingatkan saya kepada kampung halaman. Jangan marah orang Terengganu...(lebih2 lagi mak,ayah dan sahabat2 seperjuangan Kelab Fasi dan sewaktu dengannya) saya pilih nak duduk sini buat sementara. Bukan suka-suka...Tapi memang ada komitmen kat sini, buat sementara waktu ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki pasti ku pulang jua...Terengganu tetap dihatiku..huhu =)




Sunday, October 19, 2008

Terima Kasih Sahabat...

Alhamdulillah...saya dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak berdoa & mendorong. Rasa tenang walau banyak masalah. Semua ada hikmah disebaliknya...semoga kita semua terus thabat & istiqamah dalam perjuangan.Belum terlambat rasanya untuk mengucakan Selamat Hari Raya & Salam Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, September 10, 2008

PESANAN DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Sahabat-sahabatku…

Ikatan persaudaraan sesama pejuang Islam lebih bermakna walaupun tiada pertalian darah kerana cinta dan kasih antara mereka itu berlandaskan cinta Allah semata-mata. Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah tentang cinta antara muslimin dengan muslimat tetapi cinta dan kasih sayang sahabat seperjuangan. Walaupun ramai di kalangan kita berasa ini bukanlah isu yang penting untuk dibincangkan namun bagi pandangan saya, ukhuwah adalah satu nikmat besar yang kita mesti gunakan sebaik mungkin untuk melancarkan gerak kerja Islam. Cuba kita lihat pengkhianatan yang biasa berlaku disebabkan hilangnya kepercayaan seseorang itu terhadap sahabat-sahabat seperjuangan. Hilangnya kasih dan sayang kepada sahabat-sahabatnya. Cuba renung-renungkan, adakah kita sanggup mengkhianati seorang yang sangat kita cinta dan sayang? Lebih-lebih lagi cinta dan kasih yang berlandaskan Allah dan Rasulnya. Ukhuwah yang ingin saya sampaikan ini bukanlah persahabatan biasa yang kita ketahui iaitu kawan satu sekolah atau kawan satu persatuan atau kawan yang selalu berada di samping kita tapi lebih dari itu.

Sahabat-sahabatku…

Sahabat nabi,Ali sanggup perjudikan nyawa beliau untuk menggantikan tempat Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah berhijrah. Begitu juga sahabat Baginda, Abu Bakar yang sentiasa berkorban untuk Nabi Muhammad S.A.W. Agaknya kita boleh ke sampai ke tahap itu? Malah kita selalu diperdengarkan kisah para sahabat di medan perang ketika ketiadaan air yang sanggup korbankan nyawa untuk sahabat yang lain. Adakah kisah-kisah ini tinggal sebagai kisah dongeng yang hanya diceritakan apabila kita memberi tazkirah atau ceramah semata?Kesucian cinta sahabat jelas ditonjolkan oleh Rasul dan para sahabat. Kesedaran dan penghayatan ini sentiasa berada dalam jiwa-jiwa mereka kerana mereka beriman dengan firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara"
(al-Hujurat [49]: 10).

Apabila ukhuwah yang terjalin sesama kita tersebut dibangunkan atas dasar iman dan takwa maka tiadalah ia pincang atau goyah. Perasaan tulus adalah yang membuat seseorang sanggup mengutamakan kepentingan sahabat melebihi kepentingan peribadinya, sekalipun harus mempertaruhkan nyawanya. Seumpama seorang ibu yang sanggup berkorban untuk anaknya.

Sahabat-sahbatku…

Pernah ada seorang sahabat yang semakin jauh dari perjuangan. Namun apabila ada seorang sahabat yang sudah lama tak berjumpa datang kepadanya dan meminta tolong untuk gerak kerja Islam, dia sanggup dan semakin aktif. Mungkin selama ini sahabat yang datang kepadanya, hanya datang dengan kata-kata sindiran dan sinis yang mengguris perasaannya. Mungkin terlintas di fikiran kita…kalau pejuang Islam main perasaan macam tu, bila Islam nak menang? Jangan lupa, kita ini seorang insan dan hati ini milik Tuhan. Mungkin hari ini kita antara yang hebat dalam perjuangan, esok lusa? Hanya Allah yang tahu. Tugas kita sebagai seorang sahabat, nasihat menasihati. Mungkin kita perlu lebih mengkaji pendekatan yang digunakan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna.

APABILA VIRUS-VIRUS BERLELUASA

Tapi kenapa boleh berlaku khianat dalam persahabatan? Saya suka untuk berkongsi tentang virus-virus ukhuwah yang saya petik daripada tulisan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah. Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat kita hayati dan ambil pengajaran supaya kita sama-sama dapat membina persahabatan yang sejati dalam mengharungi liku-liku perjuangan kerana perjuangan kita masih panjang dan kita bukanlah berjuang seorang…….

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

Mungkin anda bertanya: adakah hubungan antara cinta yang terjalin antara dua insan,dengan sifat tamak akan kenikmatan dunia yang ada pada salah seorang di antara mereka atau keduanya? Secara pasti, jawabannya adalah: ya! Jika sifat tamak akan kenikmatan dunia dan ketertarikan dengan apa-apa yang dimiliki oleh kebanyakan orang, sebagai faktor dominan yang mendorongnya untuk membangun cinta dengan orang lain.

"Berzuhudlah dari kenikmatan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan berzuhudlah dari apa-apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka mencintaimu."(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam az-Zuhd no. 4102)

Banyak kisah dua orang sahabat yang saling mencintai dengan tulus sehingga masing-masing merasa berat untuk berpisah dari kawannya, tiba-tiba sikap mereka berubah ketika terpesona dengan nikmat dunia dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

"Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

Sejauh mana kadar takwa dan kebaikan yang anda lihat dari saudararnu, sejauh itulah tulusnya cinta dan persahabatan yang anda berikan padanya. Namun jika hubungan persahabatan kering dari makna-makna dzikir, ibadah, saling menasihati, mengingatkan akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa, lalu beralih menjadi permainan (lagha) dan perkara sia-sia.

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 401)

Dosa kerana perbuatan-perbuatan maksiat di atas dapat mengakibatkan hilangnya rasa cinta dan ukhuwah, baik secara langsung mahupun tidak. Oleh kerana itu, hendaklah setiap insan yang menjalin hubungan persahabatan kerana Allah, selalu menanamkan nilai takwa dalam setiap bisikan hatinya, membangun tali ukhuwah sesuai dengan pandangan dan konsep ajaran Islam, jujur dengan diri sendiri. Jangan memandang sebelah mata terhadap dosa-dosa kecil, kerana ia merupakan jalan menuju dosa-dosa besar. Dalam konteks ini, kita kembali kepada pengertian hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

“Agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah."

3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA

Hal ini merupakan pintu yang paling besar bagi syaitan untuk masuk menyebarkan bibit-bibit perselisihan dan permusuhan di antara sahabat.

a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar

"Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai"

(Luqman [31]: 19).

b. Tidak Mendengar nasihatnya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam,tidak Menghargai Kehadirannya

c. Bergurau Secara Berlebihan

d. Sering Mendebat dan Membantah

"Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah. "
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Mazhalim no. 2457)

e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan

4. SIKAP ACUH

Ukhuwah yang tidak dihiasi dengan kehangatan perasaan dan gejolak rindu, adalah ukhuwah yang kering. Ia akan segera gugur dan luntur. Imam Ahmad dalam bukunya az-Zuhd dan Ibnu Abi Dunya dalam bukunya al-Ikhwan, menceritakan bahawa pada suatu malam Umar bin Khathab teringat kepada seorang sahabatnya, ia terus bergumam lirih: "Mengapa malam ini terasa begitu panjang." Maka setelah menunaikan solat Subuh, Umar segera menemui sahabatnya itu dan memeluknya dengan erat. (Imam Ahmad dalam az-Zuhd, hlm. 152)

Itulah perasaan yang membuat seseorang merindukan saudara dan sahabatnya, sehingga berangan-angan agar tidak berpisah darinya, baik di dunia mahupun di akhirat. Tidak diragukan lagi, bahawa ketulusan perasaan dapat membuatkan rasa bahagia ketika berjumpa dengan sahabat tercinta; memperlihatkan rasa bahagia ketika berjumpa boleh menumbuhkan perasaan tulus. Demikian pula dengan keceriaan, senyuman, keramahan, dan ucapan salam.Sabda Rasulullah S.A.W :

“Jangan meremehkan kebaikan dalam bentuk apapun, walau hanya dengan menampakkan keceriaan ketika berjumpa , dengan saudaramu.” (Diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Bir wash-Shillah no. 2626)

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA (BERBISIK)

"Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, agar orang-orang yang beriman itu berduka cita" (al-Mujadilah [58]: 10).

Larangan membuat pembicaraan rahasia dinyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, dan Imam Ahmad dari riwayat Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu; bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahasia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih."

6. KERAS KERALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT

Sikap keras kepala dan enggan menerima nasihat, membuat seorang sahabat merasakan adanya dinding pemisah antara diri anda dan dirinya. Rasullullah shallallahu 'alaihi wa sallam sering didatangi oleh para sahabat dan isteri-isteri beliau untuk memberikan idea dan saranan dalam berbagai hal, beliau mahu menerima dan menuruti saran mereka dengan senang hati, sekalipun dalam bentuk pernyataan keberatan, kritik atau sekadar pertanyaan.

“Cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.” (Potongan dari hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Birr wash-Shillah no. 2564)

7. SERING MEMBANTAH, BERBEZA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

Untuk menambah kehangatan ukhuwah, dua orangyang bersahabat mesti memiliki beberapa kesamaan sifat, kebiasaan dan watak.

"Ruh-ruh itu bagaikan bala tentara, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih." (Diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Birr wash-Shillah no. 2638)

Malik bin Dinar berkata: "Dua insan tidak akan terikal dalam jalinan ukhuwah, kecuali jika masing-masing memiliki sifat yang sama dengan sahabatnya." Maka jagalah dirimu agar sentiasa lembut, fleksibel, penuh kasih dalam bergaul dengan sahabatmu. Hindarilah sifat kasar dan keras kepala, semoga anda termasuk orang yang beruntung dengan janji Allah, yaitu diharamkan masuk neraka, juga seperti yang disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bagi orang-orang yang suka membantu dan bersikap lembut.

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

Di antara bukti ketulusan cinta, etika dan hak ukhuwah adalah memberi nasihat kepada saudaramu apabila ia melakukan kemungkaran, maksiat atau kesalahan, dengan tujuan agar kembali kepada kebenaran sekaligus terhindar dari ancaman kemurkaan dan siksa Allah Subhanahu wa Ta'ala. Namun demikian, nasihat tidak boleh dilakukan secara terbuka di tengah-tengah keramaian manusia, kecuali jika ada alasan yang mendesak, kerana semua orang sepakat bahawa nasihat di tengah keramaian sangat tidak disukai, semua orang tidak suka jika keburukan-keburukannya dibuka di depan umum.

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN MEMAAFKAN

Fudhail berkata: "Kemurahan hati adalah mahu memaafkan kesalahan-kesalahan teman." Ketika mendengar firman Allah: “Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik” (al-Hijr [15]: 85).

Kita terkadang tidak suka melihat perangai seseorang. Tetapi ketika ia pergi, dan kita telah bergaul dengan orang lain, ternyata orang itu lebih buruk perangainya. Maka saat itulah mata kita baru terbuka, dan melihat sisi-sisi baik sahabat pertama yang tidak pernah diperhitungkan sebelumnya.

Menurut al-Mawardi: "Di antara hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan menutup kesalahan yang dilakukan olehnya. Kerana siapa yang mengharapkan seorang sahabat yang tak pernah berbuat kesalahan, atau tak pernah terjebak dalam kemungkaran, bererti ia mencari sesuatu yang mustahil dan membuat kriteria yang tidak akan pernah terpenuhi."

Cinta yang besar dan prasangka baik terkadang betul-betul menutup pandangan seseorang terhadap kekurangan sahabat, seakan-akan kekurangan tersebut tidak pernah ada. Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG-ORANG YANG MENGADU DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI

Merupakan kesalahan besar jika anda mudah mempercayai isu yang berkembang mengenai sahabatmu, atau mudah menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan, hanya berdasarkan kepada khabar angin dan isu yang diterima. Padahal anda tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri, bahkan tidak sesuai dengan yang anda ketahui dari kebiasaannya.

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya."

11. MEMBUKA RAHSIA

Salah satu faktor yang dapat mempertahankan ukhuwah adalah menjaga rahsia sahabat agar tidak tersebar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan: "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya." (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam al-Adab no. 4868)

Jika anda mengetahui sesuatu tentang saudaramu, maka hati-hatilah agar tidak membuka rahsianya, atau membuka apa pun yang berhubungan dengan ucapan dan tindakannya yang seharusnya disimpan. Jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan, atau anda yakin bahawa ia membolehkannya.

12. MENGIKUTI PRASANGKA

Seperti halnya menyebarkan rahsia, mempunyai prasangka bahawa sahabatmu menyembunyikan sesuatu darimu juga dapat menyakitinya. Apalagi jika anda sudah membangun sikap-sikap tertentu berdasarkan prasangka tersebut. Selain boleh menyakitinya, hal ini juga betul-betul akan menyakiti dirimu sendiri, kerana prasangka buruk dapat merosakkan ketulusan perasaan hatimu terhadapnya.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (al-Hujurat [491: 12).

13. MENCAMPURI MASALAH PRIBADI

"Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. "

Saudaraku, waspadalah terhadap pintu-pintu syaitan yang menjebakkan kamu agar terjerumus dalam hal-hal yang tidak bermanfaat, sekalipun dengan asumsi mendidik dan meluruskan pribadi seseorang. Syaitan mengilustrasikan bahawa semua masalah yang berhubungan dengan sahabatmu, baik kecil mahupun besar, adalah penting, sehingga kamu terjebak mengurusi masalah-masalah peribadinya. Padahal perbuatanmu itu tidak disukai olehnya, bahkan cenderung menyakitinya. Hasilnya, ia menyesal telah menjalin hubungan denganmu.

14. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

Hilangnya rasa simpati atas kesusahan, masalah dan keperluan seseorang, akan menumbuhkan perasaan alienasi (keterasingan) dalam dirinya, seakan-akan ia hidup di dalam alam yang terpisah dari alam yang dihuni oleh rakan-rakannya, tiada yang merasakan kehadirannya atau bersimpati dengan-nya. Ia akan lebih menderita lagi jika tahu bahawa sebenarnya sahabat-sahabatnya mengerti dengan keadaannya namun bersikap acuh dan enggan membantunya, maka wajar jika cinta kasihnya semakin berkurang.

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENGHITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

Jika kamu ingin membuat hati seorang sahabat menjadi senang dan bersikap terbuka apa adanya, maka hindarilah sikap menutup diri dan jangan membuatnya merasa terbebani, jangan menghitung-hitung kebaikannya kepadamu, jangan memberatkannya agar melayanimu, dan bersikaplah rendah hati.

Seorang Salaf berkata: “sahabat yang paling jelek adalah yang engkau pergauli dengan penuh kepura-puraan.”

Ikutilah keteladanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hal tidak mahu membebani sahabatnya dan lebih memilih untuk membebani dirinya sendiri. Carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak-hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya.

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA,MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG
DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

Sebahagian orang enggan menyatakan perasaan cinta kepada orang yang ia cintai, atau paling tidak, menunjukkan indikasi-indikasi cintanya, baik dalam bentuk ungkapan, hadiah, senyuman, atau apa saja yang dapat menjelaskan isi hatinya.

"Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya. "
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam al-Adab no. 5124)

“Saling memberi hadiahlah, nescaya kamu saling mencintai.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 594)

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK

Di antara gambaran akhlak buruk dalam berukhuwah adalah ketika berhasil berkenalan dengan seorang sahabat baru yang belum diketahui seluk beluk diri dan kepribadiannya, anda lantas meninggalkan sahabat yang telah bergaul denganmu dalam jangka waktu yang cukup lama. anda terus meninggalkan sahabat lama sehingga melupakannya, kemudian menuai akibat yang sangat buruk, iaitu terputusnya tali ukhuwah dengannya. Tanda-tanda kesetiaan lainnya adalah konsisten dengan sikap tawadhu '(rendah hati) terhadap sahabat, sekalipun anda seorang yang berpangkat, luas pengaruhnya, dan tinggi reputasinya.

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA Dl DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MAD’U DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT

Ada orang yang berusaha mencari perhatian rakan-rakannya dengan cara mengaku bahawa ia adalah sahabat seorang ulama atau da'i terkenal. Ia begitu dekat dengannya, sering bertemu dan berkunjung ke rumahnya. Ketika ada kesempatan bertemu dalam suatu acara ia bertindak seakan-akan orang yang paling dekat dengan da'i tersebut daripada semua yang turut hadir, dan beberapa tindakan lain yang pada dasarnya tidak disukai oleh ulama atau da'i tadi, kerana hal tersebut boleh menimbulkan kecemburuan yang tidak sihat pada sahabat-sahabatnya yang lain, atau boleh membuat suasana tidak nyaman. Melihat gejala-gejala seperti itu, sang da'i memutuskan untuk membekukan hubungannya dengan orang yang sombong tersebut demi menghindari hal-hal yang negatif. Dengan demikian, putuslah hubungan yang sebelumnya sudah terjalin antara mereka berdua.

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT

“Tanda-tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta jika berjanji ia mengingkari;
dan jika dipercaya ia berkhianat.” Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 33

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANGKITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

Ibnu Hazm rahimahullah berkata: "Jangan sampaikan berita yang membuat sahabatmu sedih atau tidak bermanfaat baginya, kerana itu adalah perbuatan orang-orang kerdil. Dan jangan menyembunyikan berita yang boleh membahayakannya jika ia tidak tahu, kerana itu merupakan pekerjaan orang-orang jahat."

21. TERLALU CINTA

"Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti. " (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam al-Birr wash-Shillah no. 1997)

Maka kita tidak boleh berlebihan dalam mencintai seseorang, kerana akan melemahkan persahabatan.

Semoga persahabatan yang terjalin antara kita semua berkekalan dan sentiasa dalan rahmat Allah.

Monday, August 18, 2008