Monday, December 1, 2008

Dari Hati ke Hati


"Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia"

Bait-bait nasyid Nada Murni ini mengimbau kembali ukhuwah bersama sahabat seperjuangan waktu muda-muda dulu. Sesiapa yang ada kenangan dengan lagu ni mesti ingat... Saya selalu berangan dengan penuh harapan, semoga ikatan yang telah atau yang sedang atau yang akan terjalin sesama sahabat akan terus kekal dan kuat di hati sahabat. InsyaAllah jika ukhuwah kerana Allah, tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling suci, ia pasti akan berkekalan. Dan dengan ikatan ukhuwah itu juga akan memberi sumber inspirasi kepada sahabat-sahabat untuk terus dalam perjuangan ini.


2 comments:

Nurul 'Izzah said...

Ahaha..bulatnye muka2 kita masa zaman sekolah dulu :p :p

Anonymous said...

paling bulat muka tie....hehehehe..gurau je... bila teringat kenangan dulu, rasa nak balik semula.. thanks friends @ sahabat gave me meaning for my life..buat apa sekarang??