Takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.Moga dicucuri rahmat dari-Nya.
Sunday, November 30, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Musafir Bersama Hati Yang Suci ...boleh ke?
Sepanjang pengembaraan di perantauan ini, saya mula berfikir apakah mahu menghadap Tuhan dengan hati yang hitam? Hati mesti bersih dan suci . "Boleh ke kita jadi wali?" tanya seorang anak murid kepada gurunya. "Habis tu, kalau semua tak nak jadi wali...sape lagi..tak kan kambing kot?" Masih saya ingat kata-kata tuan guru di sebuah pondok. Macam keras dan sinis jawapannya tapi betul la kan? Kalau hati saya tak tenteram, saya mesti akan tatap wajah mak, ayah dan anak-anak saudara. Sebab bila lihat wajah orang yang tidak ada dosa ni, sejuk rasanya.Orang cakap kanak-kanak punyai hati yang bersih dan suci.
Memang sakit hati dan pedih jiwa apabila setiap waktu kita asyik teringat dosa dan kelalaian kita terhadap Allah. Oleh kerna itu, ingatlah Allah setiap detik degup jantungmu dan setiap hembus nafasmu. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah itu Maha Penerima Taubat. Mudahkan?Memang mudah...tapi payah juga nak amalkan. Setiap saat ingat Allah!Baikilah hati,ubatlah jiwa dan bersihlah ia sebelum menghadap Tuhan.
Posted by
Noor Asyanti Abu Bakar
at
9:44 AM
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)