Monday, August 18, 2008

Thursday, July 31, 2008

PENYELIDIKAN

1. TUJUAN-TUJUAN UTAMA PENYELIDIKAN IALAH UNTUK:
*Mengenal pasti sesuatu masalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka
*Memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas;
*Menggumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun produk;

2. PROSES-PROSES DALAM MENJALANKAN PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN KAEDAH SOAL SELIDIK (SURVEY)
1. Mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya.
2. Mengumpul data
• Memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian.
• Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles).
• Menentukan sampel.
• Menjalankan soal selidik.
3. Menganalisa data

• Mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik
• Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable)
• Menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables).
• Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.

2.1 MENGENAL PASTI MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI DAN SUMBERNYA.
• Tujuan soal selidik - Mengenal pasti isu yang hendak di
selidiki.
• Jenis maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya.
• Liputan soal selidik – contohnya: samada beberapa negeri
atau seluruh Malaysia
• Mengenal pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu
tersebut

2.2 MENGUMPUL DATA
a) Terdapat dua kategori data:
Data primer - data/maklumat yang diperolehi secara terus dari sumber yang
asal samada secara temubual atau pemerhatian.
Data sekunder – data yang telah sedia ada. Ia telah di kumpul oleh pihak
Lain dan data ini boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan (contohnya:
statistik/perangkaan banci, statistik kemalangan jalanraya dsb).

b) Teknik-teknik pengumpulan data
Soal-seldik (Self-Surveys)
Ia dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dihantar samada
melalui pos, dikepilkan bersama surat khabar atau majalah.

Temubual (Interviews) -
Ia dijalankan secara berhadapan (face-to-face) atau melalui telefon.

Pemerhatian (Observation) -
Pemerhatian secara terus (Direct observation)
• Kaedah ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan
jumlah kenderaan yang melalui sesebuah jalaraya.
• Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia.

Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation)
• Kaedah ini berasal dari bidang antropologi (kajian tentang
kehidupan masyarakat).
• Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.



c) Rekabentuk soal selidik
Rekabentuk soal selidik biasanya akan mempunyai sekurang-kurangnya dua
bahagian:
1. Bahagian data demografi (umur, jantina dsb)
2. Bahagian topik yang dikaji.

Rekabentuk soalan yang baik haruslah :
• mudah difahami,
• tepat,
• tidak mengandungi dua soalan yang digabungkan
• jika boleh, dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat,
• menerangkan definisi atau takrifan teknikal, contohnya “isi rumah”,
• menggunakan masa yang optima untuk menjawabnya,

Kategori soalan terbuka atau tertutup :
Soalan terbuka
• Merupakan soalan dimana pilihan jawapannya tidak diberikan terlebih
dahulu.
• Biasanya melibatkan soalan berbentuk pendapat.
Contohnya: Apakah pendapat anda tentang Persatuan ini?
…………………………………………………………..
Soalan tertutup
• Pilihan jawapannya diberi. Contohnya:
Berapakah umur anda?
Kurang dari 5 tahun
6 hingga 20 tahun
21 hingga 67 tahun
68 keatas

Soalan tertutup adalah mudah untuk dianalisa menggunakan komputer (SPSS
dsb) manakala jawapan soalan terbuka perlu di kategorikan sebelum ianya
boleh dianalisa.

MENDEFINASIKAN SOALAN-SOALAN (VARIABLES)
• Setiap soalan yang ditanya adalah satu petunjuk tentang variasi di dalam populasi yang di kaji.
• Variable-variable ini boleh dibahagikan kepada tiga skala utama:

Skala nominal
Ia merupakan variable yang mana kategorinya tidak mengikut ranking.

Contoh:
Jenis variable
Kategori
Warna biru, merah, hijau
Negara Malaysia, Indonesia, Singapura
Jantina lelaki, perempuan
Variable yang mempunyai dua kategori (dichotomous) adalah nominal:

Skala ordinal
• Varaible yang boleh disusun mengikut ranking adalah termasuk dalam kategori ini.
• Perbezaan antara kategori tidak boleh diukur secara matematik.
Contoh:
Jenis variable
Kategori
Jenis perumahan kos tinggi, kos sederhana, kos rendah
Kelas pengijazahan kelas pertama, kedua tinggi, kedua rendah, ketiga
Pendapat (opinion) sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju

Skala interval
Varaible yang boleh disusun mengikut ranking dan perbezaan antara setiap kategori tersebut adalah sama dan boleh diukur secara matematik.

Contoh:
Jenis variable
Kategori
Pendapatan 1 ribu, 2 ribu, 3 ribu, dsb
Umur 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dsb
Markah peperiksaan 36, 44, 57, 69, dsb

PENSAMPELAN
Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada:
• Persampelan berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu:
• Sampel rawak mudah
• Sampel sistematik
• Sampel berstrata
• Sampel berkelompok

• Persampelan tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu:
• Sampel kuota
• Sampel “bola salji”
• Sampel pertimbangan

PENENTUAN SAIZ SAMPEL
• Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang mewakili penduduk berkenaan.
• Semakin besar saiz sampel semakin tepat data yang diperolehi dengan syarat tiada bias didalam pemilihan sampel.
• Saiz sampel yang besar pula memerlukan kos yang tinggi.
Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil kira:
• Kos
• Masa
• Tenaga kerja
• Kemudahan
• Ketepatan yang dikehendaki atau objektif penyelidikan



MENJALANKAN SOAL SELIDIK
Sebelum sesebuah kajian soal selidik dijalankan, adalah amat penting untuk membuat survey rintis / pilot test.
Survey rintis merupakan satu survey kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan dan mengatasi masaalah perancangan soal selidik.

Fungsi pilot test:
• Menguji kelengkapan rangka sampel.
• Memastikan semua soalan dapat difahami dengan tepat dan tiada kekeliruaan.
• Memastikan susunan layout soal selidik yang baik.
• Menguji kod-kod jawapan yang di berikan, iaitu lengkap dan saling ekslusif.
• Memastikan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab borang soal selidik adalah seperti yang dijangkakan.
• Mengangarkan kos yang terlibat.


2.3 MENGANALISA DATA
Data yang dikumpul (raw data) boleh dianalisa secara:
• Manual (jika ianya tidak begitu kompleks)
• Menggunakan program-program khusus seperti SpSS, SAS dsb.

Tuesday, July 22, 2008

Bukan Senang Nak Jadi Ummi...


Assalamualaikum...
Lama sungguh tak update blog.Biasalah kalau dah balik kampung, banyak la tanggungjawab. Seronok sangat dapat anak saudara kembar. Seronok memang seronok tapi bukan senang...tak tidur malam. Pesanan khas buat sahabat-sahabat mujahidah...kalau yang dah kahwin tu bersedialah..kalau yang belum kena bersedia jugak...

Wednesday, June 25, 2008

Monday, June 23, 2008

Suatu Peringatan...

Assalamualaikum...hari ini nikmat kesihatan ditarik sedikit. Tapi kesakitan inilah yang boleh menghapus dosa-dosa yang membelenggu diri sekian lama. Mungkin juga satu peringatan buat diri yang sering lalai dan lupa kepada Allah dan Rasul-Nya. Saya mendapat email daripada seorang sahabat tapi mungkin cerita ini ramai yang sudah mendengarnya. Apa yang penting di sini satu ulangan sebagai peringatan kepada semua termasuk penulis. Saya amat tertarik dengan kisah ini...

content="Microsoft Word 11">

"Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah

nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH.

Waktu susah baru la nak ingat ALLAH."




Wednesday, June 18, 2008

Musafir Seorang Sufi



Hidup adalah satu perjalanan dan dunia ini merupakan persinggahan. Kita mungkin lupa tujuan Pencipta kita yang Agung menjadikan manusia. Inilah bukti sifat insan, mudah lupa dan memerlukan tazkirah atau peringatan supaya kembali kepada Tuhan. Oleh sebab itu, ALLAH S.W.T telah mensyariatkan tazkirah (peringatan). Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(az-Dzaariyat:55)

Apabila kita menyedari tujuan kita berada di dunia yang fana ini, sudah pasti kita mengetahui bahawa perjalanan memerlukan bekalan. Dan sudah tentu ilmulah menjadi intipatinya. Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing.

Seorang pengembara sudah pasti bukan sekadar melihat dan berjalan tapi merenung dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman. Justeru si pengembara itu bisa mengetahui dan memahami supaya tidak mengulangi kesilapannya. Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Begitulah hidup seorang musafir yang sentiasa memburu cinta Agung. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka”
(Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Justeru, dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Apabila seorang sufi meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”
(Surah An Nahl: Ayat 36)

.