Tuesday, June 17, 2008

Siapa sangka...


Ni gambar bunga kat Rumah Masyitah (RM) ..ha!jangan tak percaya...lawa bunga ni rupanya... Pohon ni berjaya kepada PMIUM. Masihkah anda semua ingat wahai ahli PMIUM...? Di bawah pokok bunga ini la, anda mendengar ucapan keramat calon-calon PRK . Masihkah anda ingat? Kat sini la anda semua makan sup?...masihkah kau ingat?

Monday, June 16, 2008

Bersangka baiklah kepada ALLAH...

Pesanan ini untuk diriku juga...Sejak 2 menjak ni selalu dengar masalah daripada beberapa orang sahabat. Macam-macam masalah...sampai saya pun hampir-hampir nak menangis juga.Saya hanya boleh nasihat sikit-sikit je..ikut pengalaman yang tak seberapa.Bila fikir..untungnya mereka yang diuji..sebab itu tanda Allah sayang. Semoga semua sahabat-sahabat redha dan tenang menghadapi segala musibah dan ujian Allah. Yang penting kita bersangka baik kepada Allah...dan muhasabah diri.

ALASAN DAN BALASAN

Kita selalu berbicara mengenai tanggungjawab dan amanah. Tanggungjawab dan amanah itu satu keperluan dan kewajipan dan bukannya pilihan. Manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di muka bumi. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, saya selalu diperdengarkan akan ayat al-Quran yang berkaitan tanggungjawab.

Dan sehingga saya dewasa saya seringkali “berjumpa” dengan ayat ini dalam kertas kerja, buku mahupun artikel yang saya baca sehingga saya termenung apabila setiap kali membaca ayat ini. Apakah rahsia ayat ini? Dan kenapa saya selalu ada “jodoh” dengan ayat ini? Saya mula mencari dan saya hampir mendapat jawapannya…tapi mungkin bukan rahsia sebenar yang Tuhan maksudkan.(nak tahu? Biarlah ia menjadi rahsia saya dan Tuhan) Mungkin hanya persepsi saya selaku hamba-Nya yang kurang berilmu ini. Saya yakin Allah Taala menurunkan al-Quran bukan dengan sia-sia dan Allah berhak memberi hikmah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Daripada ayat inilah saya sematkan tekad dalam jiwa saya bahawa kita ada tanggungjawab. YA! TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan di hari kebangkitan.

“Saya tidak cukup ilmu la, saya belum bersedia..”

“Saya masih belajar lagi..”

“Ana tak berani dan tak cukup kuat iman, ntum tak pe…”

“Korang dah buat tu cukup la, aku tak payah tak pe..”

Mungkin dialog(*) ini biasa kita dengar, tak kisah la dalam amanah kepimpinan mahupun kerja-kerja dakwah. Maka kita selaku INSAN LEMAH LAGI KERDIL bersetuju dan redha akan KELEMAHAN dan KEKERDILAN yang kita miliki itu dulu, kini dan ….sampai bila? Sampai bila kita perlu merendah diri pada bukan tempatnya?

Dan kerana alasan-alasan itulah, beberapa sahabat yang jiwa mereka penuh kerelaan menerima tanggungjawab dan amanah walaupun menyedari kepentingan diri mereka sudah banyak terkorban dan dikorbankan demi perjuangan Islam. Maka terbebanlah beberapa orang ini. Apabila sesuatu fitnah datang, berbunyilah suara-suara sumbang yang tidak diundang…

“Itulah…sape suruh lantik dia..aku dah kata dulu”

Kan ana dah cakap, dia tak layak..”

“Buat malu je…”

“Sape suruh terima jawatan tu…kalau dah tak mampu jangan ambik”

“Nama je pejuang…”

Nak tahu suara tu datang daripada mana? Tentulah daripada orang pernah berdialog seperti di dialog(*) di atas…

Situasi ini sering saya jumpa di sekolah waktu saya belajar dulu, pengalaman orang yang terdekat dengan saya, waktu di kampus dan sewaktu dengannya. Tapi mereka mungkin lupa. Mungkin juga mereka tidak tahu dan mungkin juga mereka tidak diberitahu…Justeru, saya di sini nak memberitahu supaya sedarlah…apabila kita mengaku kita orang Islam dan umat nabi Muhammad…terlibatlah dalam segenap bidang dalam perjuangan dan jangan selalu memberi alasan dan menghukum orang yang sedang berjuang dengan pelbagai tuduhan. Tidak kira anda sudah berada di dalam perjuangan Islam atau pernah terlibat dalam perjuangan atau berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat seorang pensyarah saya di fakulti Sains yang mengatakan kenapa sekarang selalu dipersoalkan balasan anak kepada ibubapa dan balasan murid kepada cikgu? (pesanan khas untuk ibubapa dan guru shj) katanya apabila itu telah menjadi tanggungjawab beerti ia tidak perlu kepada balasan dan ia akan kemestian dan kewajipan yang perlu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan, lebih-lebih lagi memberi alasan. Jangan salah anggap pula…saya tidak bermaksud supaya anak-anak atau pelajar tidak perlu membalas jasa ibubapa dan guru (pada hakikatnya memang tidak mampu dibalas) kerana penghargaan itu tanda kita kasih dan sayang kepada mereka. Justeru, tiada alasan untuk kita meminta balasan.

Wednesday, June 11, 2008


Monday, June 9, 2008

Rakyat makin fakir akibat tindakan kerajaan

Nurul Nuha
Tue | Jun 10, 08 | 7:02:31 am MYT

KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membatukan diri, tetapi rakyatlah yang menderita akibat bebanan kenaikan harga minyak, tegas ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di parlimen semalam.

"Saya tidak boleh bayangkan betapa 'fakirnya' kakitangan bawahan yang tinggal di Kuala Lumpur ekoran bencana inflasi ini sedangkan kerajaan masih enggan menaikkan gaji kakitangan hingga ke tahap gaji minimum," katanya.

Isu utamanya, sambung beliau lagi,adalah kesan berantai dan tekanan inflasi yang mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang memeritkan.

"Hakikatnya, kerajaan tidak berupaya memberi satu alasan bagi menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak," jelas beliau.

Salehuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang pendekatan yang ampuh diambil kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Rakyat marhaen melihat arahan menteri menegur pengusaha-pengusaha bas menaikkan harga tambang sebagai arahan tidak logi," tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam sesi penyerahan memorandum kepada Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menggesa agar diadakan perundingan untuk mencari penyelesaian konkrit antara wakil-wakil yang terlibat.

"Rundingan dan persepakatan yang dicapai diharap dapat memberi kepuasan kepada rakyat dan kerajaan dengan situasi menang-menang,"katanya.

Sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PAS, beliau juga memohon Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu persidangan tergempar Dewan Rakyat.

"Persidangan itu dibuat bagi membolehkan satu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara boleh dirunding sewajarnya," tegas Salehuddin mengakhiri sidang media tersebut. - mks._

MAAF

BLOG INI MASIH DALAM PENYELENGGARAAN.

Logika

"Ibu,adik nak naik tangga bleh?"

"Jangan..nanti jatuh"

"Kenapa ibu?"

"Semua benda boleh jatuh.."

"Tapi ibu...kenapa harga minyak tak pernah turun?"

"mmm...."