Sunday, February 28, 2010

Ketenangan Hati

Lama betul tak update blog ni...macam-macam halangan dan cubaan.Sabar dan redha dalam mencari ketenangan. Banyak jenis orang maka banyaklah pendapat dan pandangan. Ketenangan sentiasa dikaitkan dengan hati. Bila kita tenang, hati jadi lapang. Bila gelisah,jantung berdegup kencang,jantung berkait dengan hati. Mungkin sebab itu, ketenangan itu dikaitkan dengan hati. Mungkin. Sebab saya belum menjumpai fakta lagi. =)

Minggu ini,saya melalui hari-hari yang penuh dengan ketenangan. Saya merasai seperti angin pun bertiup lembut, dan cuaca pula baik seperti meraikan ketenangan saya..huhu..=) perasaan je lebih. Tapi saya mula merasai hakikat ketenangan itu. Sungguh nyaman. Adakah saya hidup senang,kerja dalam aircond? atau bersantai di tepi pantai?Oh..tidak..

Perjalanan hidup saya minggu ini penuh dengan kepenatan tapi saya merasai ketenangan itu. Sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman di alam maya...Saya dapat merasai seperti Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada saya. Dan saya juga merasai sesuatu yang lain dalam dada saya. Walaupun saya masih tidak menjumpai jawapan. Saya yakin dengan ketentuan Allah. Apa yang penting bagi saya sekarang BERUSAHA!

Segala puji bagi Allah, memberi peluang kepada saya menuntut ilmu melalui perjalanan,pengalaman dan kelas pengajian...Sungguh Besar nikmat Allah. Semoga kita semua dapat merasai setiap yang Allah bagi itu sebagai anugerah yang tiada tandingan. Apa yang Allah beri itu suatu tanda ingatan Allah bahawa Allah masih sayang kat kita....kadang-kadang kita merasakan itu dan ini tidak baik untuk kita tapi ingatlah mungkin tidak baik untuk waktu dan ketika ini dan mungkin anda akan lihat hikmah yang besar pada masa akan datang....insyaAllah.

Tuesday, December 1, 2009

Tip-Tip Mengurus Tekanan


AssalamualaikuMemang best..rugi kalau tak cube...
Tip 1 : Tenangkan perasaan terlebih dahulu,kemudian jatuhkan bahu dan pandangan ke lantai. Tahan selama 15 saat.Angkat kepala dan pandang semula ke depan.Apa yang kita perasan?Adakah riak wajah kita berubah mengikut postur tubuh badan kita? Apa perubahan yang kita sedari? Jangkaan saya adalah rasa gembira kita berubah menjadi sedikit muram dan sedih. Jatuhkan bahu dan pandang ke lantai semula dan cuba Berkata sambil tersenyum "saya rasa gembira". Adakah kita sedar yang kita sedar yang kita sukar untuk tersenyum dan berkata yang kita dalam keadaan gembira dalam nada ang tegas?

Kenapa?Sebab tubuh kita dalam postur yang berkaitan dengan rasa sediha dan tertekan.

Tip 2: Sekarang teruskan uji kaji ini sebagai lanjutan. Ubah psikologi kita supaya berada dalam keadaan tenang dan selesa. Rehatkan bahu,duduk tegak, tahan kepala supaya menghadap ke depan, senyum dan bernafas dengan teratur. Lakukannya sekarang. Bagaimana perasaan kita? Sekarang kekalkan posisi ini dan kata "saya rasa sedih". Adakah suara kita meyakinkan? Tentu tidak. Kita sukar hendak mengatakan "saya rasa sedih"b dalam postur ini. Ini keran kita memberi arahan yang berbeza. postur badan dalam posisi meyakinkan jadi pemikiran kita tidak mampu hendak mengatasinya.

Tip 3: Salah satu cara menghilangkan "kesedihan" kita adalah dengan berjalan. Pastikan kepala tegak dan melihat ke hadapan, tegakkan bahu, hayun tangan secara normal dan nafas yang teratur.teruskan selama 5 minit...

lagi...
Ahli psikologi menyatakan sekurang-kurangnya kita perlukan 6b pelukan sehari untuk mengekalkan emosi yang sihat.Berapa banyak pelukan yang kita beri dan terima dalam sehari? adakah sesiapa yang boleh kita peluk sekarang?

sebab tu la bila salam dgn mak atau ayah atau sahabat2 muajhid (yg boleh shj) kena peluk...sbb ada caj positif mengalir...

Lagi...
Apabila kita gembira, kita tersenyum. Apabila tersenyum,secara spontan kita rasa lebih gembira.(kecuali senyum sinis) Arahkan otot sekitar mulut dan hujung mulut ke atas. Hasilnya? Sukar berasa tertekan dan ramai yang beransur-ansur gembira.Apabila tiba-tiba berasa muram tanpa sebab. Jadi senyumlah.Kemudian senyum denga cara yang pelik-pelik dan rasai perbezaannya...

Thursday, October 15, 2009

Terima Kasih Mak dan Ayah...

Mak, terima kasih kerana membesarkan kami,tak jemu melayan kerenah kami yang nakal-nakal tahap dewa semua ni. Mesti mak pening dengan kerenah anak-anak mak yang 13 macam perangai ni. Ada yang kuat merajuk,cepat terasa bila ditegur,ada yang degil (ti la tu...hehe), ada yang entah ape-ape. terima kasih mak.

Ayah, terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami,mencari rezeki dan bersungguh-sungguh mentarbiyah anak-anak. Walaupun ayah garang tapi best. Walaupun kami pernah kena pukul tapi bila kami besar kami dipukul dengan kasih-sayang (tapi sakit juga...hehe).

Membesarkan 13 orang anak bukan perkara mudah. Tapi mak dan ayah berjaya mendidik kami samapi boleh jadi orang yang berguna. Terima kasih banyak-banyak.

Sunday, September 6, 2009

AL-WAFI

ALWAFI : INSPIRASI GENERASI RABBANI


Salam Ramadhan…semoga kita semua mendapat rahmat, kasih sayang dan keampunan daripada Allah melimpah-ruah sepanjang menjalani ibadah puasa di dalam bulan yang mulia ini. Sesungguhnya kemuliaan itu datang dari Allah dan Allah lah yang paling mulia. Ramai sahabat-sahabat komen kepada saya sebab tak update blog ni. Alhamdulillah…ada juga kesempatan ini untuk meneruskan perkongsian pengalaman yang sedikit ini bersama-sama sahabat-sahabat di dalam Bicara Sang Pengembara. Minggu pertama Ramadhan, sedikit ujian Allah bagi, selsema dan batuk. Mungkin ini boleh menghapus dosa-dosa kelalaian hamba ini dan meningkatkan tahap keimanan..insyaAllah. Realitinya, memang payah nak sampai tahap redha dengan ujian. Mungkin kita boleh sampai tahap sabar je…kalau demam tu ok lagi tapi kalau batuk tak berhenti-henti sampai tak boleh tidur malam,kadang-kadang terlintas “Dah la…tak tahan …” Kalau nak rasa,try skali…=)

ALWAFI…jap! Bagaimana ia bermula???Tiba-tiba lupa plak. Semenjak mengurus Pusat Pengajian Alwafi ini,banyak yang saya belajar dari budak-budak (pelajar-pelajar) dan makcik-makcik di sini. Memang betul teori, nak uji tahap kesabaran kita, cuba jaga budak-budak. Memang teruji. Dengan pelbagai latar-belakang keluarga dan pendidikan dan macam-macam kerenah mereka memang menguji tahap kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah..saya amat bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan Alwafi. Dulu tak terfikir pula boleh terlibat dengan bidang pendidikan ini. Tapi bila fikir-fikir dan terkenag-kenang, memang cita-cita nak jadi pendidik dan usahawan. Tiba-tiba Allah bagi secara mengejut dalam keadaan saya tidak bersedia dengan sepenuhnya. Terima kasih juga kepada ustaz Radzi..bangga la tu…(gurau je) kerana memperkenalkan saya dengan Alwafi ini.

Walaupun, pada permulaan, agak perit juga nak uruskan sorang-sorang ni (selepas kak Yus balik Terengganu). Tapi Alhamdulillah…ada sahabat-sahabat Mujahid yang sudi menolong. Tak lupa juga Wave (nanti kang merajuk plak Ayong..hehe) Entah kenapa la,,tiba-tiba macam ucapan penghargaan pula..hehe. Alhamdulillah..sekarang dengan lebih kurang 100 orang anak murid, Alwafi masih stabil meneruskan misi tarbiyah mendidik generasi baru. Alwafi memang sumber inspirasi saya untuk meneruskan agenda ini. Anak-anak yang semangat untuk belajar agama, malah makcik-makcik yang tekun belajar al-Quran membuatkan saya terus setia untuk membangunkan Alwafi. Mungkin berkat doa-doa sahabat juga.

Idea-idea baru dalam membangunkan Alwafi terus berkembang dengan bantuan Muna dan Ayong. Sambil-sambil musafir keluarlah tema : Inspirasi Generasi Rabbani. Macam best…ok la tu. Saya amat berharap Alwafi akan terus menjadi inspirasi keapda generasi baru untuk mendekati Allah. Walaupun, ustazah Asyanti (hehe) pun tak banyak ilmu, tapi saya positif, anak-anak lah yang menguatkan semangat saya untuk terus menambah ilmu dari masa ke semasa dan budaya cintakan ilmu akan terus subur di Pusat Pengajian Al-Wafi.

Kadang-kadang ada suara-suara yang cuba menggugat saya menyatakan “Bukan senang kerja sendiri,nanti mudah bankrup.” “Cukup ke duit nak sara hidup tu… Boleh mewah ke…?” Saya menganggap mereka itu “sayangggg” kat saya dan bimbang akan masa depan saya (buat sedap hati..huhu) Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini, saya tutup sekolah (cuti sepanjang 1 bulan) dan sesiapa nak belajar al-Quran, saya ajar percuma dan tadarus setiap malam. Macam-macam la kerisauan sanak-saudara bila dengar. “Habis, tak de sumber pendapatan la bulan ni?!!!tak de la duit raye?” Lebih kurang macam tu la dialognya… Saya tak kaya dan tak banyak duit untuk sedekah bulan puasa ini, inilah sedekah saya malah, yang sepatutnya setiap bulan saya buat percuma tapi saya buat sekadar termampu. Yuran anak-anak pada bulan lain untuk membayar sewa dan bil-bil. Perancangan masa depan tu ada…insyaAllah.

Pendidikan generasi ini adalah tangungjawab saya, tanggungjawab kita semua. Kita lah yang mencorakkan rakyat masa hadapan. Saya tidak lah sentiasa bersemangat seperti sekarang. Kadang-kadang saya termenung sorang-sorang..blurr..tak tahu nak buat apa. Iman kita berkurang dan bertambah. Tapi kita tahu ada cara untuk meningkatkan iman kita. Kita harus kearah itu. Ramai sahabat-sahabat berharap sekolah ini terus berkembang dari sekolah KAFA swasta menjadi sekolah rendah agama. Harapan saya juga begitu, tapi saya tak pasti samada saya mampu atau tidak untuk meneruskan perjuangan ini.(macam jiwang la plak…serius2) tapi tu la harapan ramai orang malah alumni sendiri. Saya yakin dengan pendapat al-Baidhawi : “ Tarbiyah ialah menyampaikan sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada kesempurnaan” Kita bergerak step by step..perlahan-lahan tapi jangan tak bergerak terus. Payah tu…

Tumpuan saya adalah kepada ilmu al-Quran, saya nak anak-anak menghayati al-Quran. Alhamdulillah, harapan baru datang lagi, Najlaa dengan begitu semangat nak bersama-sama membangunkan sekolah. Bulan Ramadhan ini banyak rezeki Allah bagi kepada AlWafi. Melimpah-ruah,sampai malu rasanye dengan Tuhan. Semoga keberkatan terus-menerus dicurahkan Allah kepada Pusat Pegajian Al-Wafi. Sahbat-sahabat muslimat yang dijemput untuk hadir majlis tazkirah oleh Pengarah Nisa’ Malaysia, Dr. Rosni Adam selepas solat tarawih di Pusat Pengajian Al-Wafi 9.30 malam,3hb September 2009 (khamis) dan sahabat-sahabat yang berminat nak jadi fasilitator Kem Ramadhan Al-Wafi boleh hubungi saya. Kem bermula 5 petang, 4hb September (jumaat) hingga tengahari 6hb September (ahad). Sesiapa yang bermurah hati nak bagi sumbangan boleh juga (banyak pahala…). Alwafi Training Centre (001848507-M) 14171010005470 (bank islam) Wallahua’alam.

Saturday, March 28, 2009

Perkara Kecil boleh jadi BERMAKNA...


Kadang-kadang kita ingat ambil mudah dengan perkara-perkara "simple". Dalam persahabatan, perkara kecil boleh jadi besar sehinggakan kawan boleh jadi lawan. Kita mungkin beranggapan nak jadi orang berjiwa besar kena berfikiran besar, tidak perlu fikir perkara-perkara kecil. Mungkin betul...tapi jika semua perkara kecil kita tidak ambil peduli kemungkinan besar kita akan bermasalah dengan semua orang dan semua urusan. Malah, bukan semua perkara yang kita anggap kecil akan dianggap remeh juga oleh orang lain. Perspektif orang itu berbeza mengikut latar belakang,persekitaran,budaya dan ilmunya. Lebih-lebih lagi kita sebagai pendakwah zaman ini.

Saya masih ingat ketika saya kerja sementara di sebuah mini market di Kuala Terengganu selepas SPM dulu...saya menjaga kaunter. Semua orang maklum lah kan...muka saya ni susah nak senyum..sampai pernah kena tegur oleh seorang pelanggan di situ. Nak dijadikan cerita, pada satu hari tu,saya pun tak perasan ada pelanggan di kalangan kawan adik saya membeli di mini market tu. Bila saya balik ke rumah, adik saya Atikah bagitahu yang kawan dia cakap jumpa saya dan dia kata saya baik. Pelik! Dah la saya memang tak kenal dan saya tak ingat pun bila saya buat baik kat dia... Rupa-rupanya hanya kerana satu senyuman dan ucapan "terima kasih" ketika dia membayar di kaunter. Mula sangat itu, saya tidak mengambil mudah dalam semua perkara terutama tugas sebagai pendakwah. Mungkin dalam kita tidak sedar kita telah banyak kehilangan mad'u kita kerana sikap kita sendiri.

Malah, saya pernah jumpa seorang kenalan dalam bas semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur, saya masih simpan nombor telefon dia...Dia cakap kenapa ramai perempuan-perempuan yang memakai tudung "besar" ni sombong dan susah nak berkawan dengan kami(merujuk kepada mereka yang tidak memakai tudung)? Macam kami ni dah ahli neraka dan muslimat tu ahli syurga...! Terkejut saya....Begitu rupanya anggapan mereka. Lepas tu, saya sembang la dengan dia sampai KL.

Begitu juga dalam persahabatan sesama kita. Mungkin kita anggap ukhuwah ni perkara yang kecil saja.Tapi jangan terkejut jika hakikatnya ada orang yang terlibat dengan gerakan dakwah kerana seorang sahabat dan ada orang yang meninggalkan gerakan dakwah kerana dendam seorang sahabat. Semua itu sudah ada!

Bukan semua perkara kecil itu boleh diremeh-temehkan.

Baru-baru ini,saya membuat permintaan sahabat-sahabat menghantar 'sms' teka-teki kepada saya untuk dimuatkan dalam majalah. Alhamdulillah...masih ada yang mempunyai masa untuk melayan 'perkara kecil' ini. Untuk pengetahuan dan pengajaran semua, semasa kami kecil, saya dan adik-beradik (13 orang) selalu bergurau dan main teka-teki. Kadang-kadang, sampai besar dah jadi mak bapak orang pun masih buat teka-teki bila kami berkumpul di kampung. Ini adalah salah satu cara kami adik-beradik meninggalkan kenangan untuk diri masing-masing supaya apabila berjauhan tetap dekat di hati.

APABILA OTAK BESAR TAPI HATI KECIL

Seorang pemimpin yang hebat memang mempunyai satu pemikiran dan pandangan yang holistik. Tapi tak semestinya dia mesti berhai kecil. Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai hati yang halus mulus dan penyayang. Apabila cucu baginda meninggal di atas peha baginda menangis, salah seorang sahabat baginda bertanya..ya Rasulullah kenapa engkau menangis,bukankah engkau melarang kami meratapi kematian. Rasulullah menjawab :"Ini tandanya hati kita mempunyai belas(kasih sayang)." Malah sahabat baginda, Umar al-Khatab yang terkenal dengan tegasnya sangat lemah-lembut terhadap isteri beliau. Inilah cara Islam ingin tonjolkan, memang kita perlu memandang ke langit tapi kita perlu ingat kaki kita masih memijak bumi.

Begitu juga Islam mengajar kita tentang adab. Kita memang kena berani tapi bukan bermaksud kurang ajar. Ada masa kita mesti bersikap lembut dengan musuh dengan anggapan dia adalah mad'u kita dan ada masa kita kena berkasar dengan anggapan dia adalah lawan kita. Perbezaan inilah yang perlu difahami. Kadang-kadang kesilapan yang kecil inilah yang menjadi fitnah kepada para pendakwah masa kini. Fitnah-fitnah inilah yang menutup pintu hati mad'u untuk terus memahami dan manghayati nilai-nilai Islam yang sebenar.

Tiba masanya kita perlu prihatin.

Semua pandangan saya di atas juga berkaitan dengan topik 'emosi pemikiran' yang akan saya sambung pada masa akan datang. Apabila kita hanya menggunakan akal semata,maka hanya perkara logik yang kita fikirkan dan apabila kita menggunakn emosi semata,hanya perasaan yang dapat dilahirkan. Semua perlakuan dan pemikiran haruslah mengikut ajaran yang telah disusun dengan indah oleh Allah dalam al-Quran dan telah diadun dengan kemas oleh Rasulullah s.a.w melalui sunnahnya. Jom pakat ikut!

Saturday, March 21, 2009

Emosi Pemikiran Part 1

Emosi akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang mampu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran kelak (Azleena & Zainal, 2004).


Pada peringkat awal kanak-kanak, kebolehan di dalam memahami emosi dan puncanya semakin meningkat. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan. Di samping itu,saya ingin membawa anda semua merenung bagaimana kaitan emosi dan pemikiran semasa membaca al-Quran. Rasulullah S.A.W sangat menggalakkan umat baginda menangis apabila membaca al-Quran, malah berusaha (buat-buat) menangis. Apa rahsia disebaliknya? Nanti kita cuba rungkaikan...